[LIPIS] LAGI GAJAH CEROBOH KAMPUNG

[LIPIS] LAGI GAJAH CEROBOH KAMPUNG - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [LIPIS] LAGI GAJAH CEROBOH KAMPUNG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [LIPIS] LAGI GAJAH CEROBOH KAMPUNG
link : [LIPIS] LAGI GAJAH CEROBOH KAMPUNG

Baca juga


[LIPIS] LAGI GAJAH CEROBOH KAMPUNG


Lagi gajah ceroboh kampung


Sepasang suami isteri di Kampung Kerambit, di sini bimbangkan keselamatan diri apabila diancam gajah yang menceroboh masuk kawasan rumah mereka, malam kelmarin.

Rosli Bidin, 54, berkata, ketika kejadian, dia dan isterinya Salina Mohamad, 50, tiada di rumah kerana pergi ke pekan Kerambit untuk menonton perlawanan bola sepak antara Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT).

“Sebaik tiba di rumah kami terkejut apabila halaman belakang rumah diceroboh gajah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Kerambit, semalam.

Menurutnya, ia kejadian kedua dalam tempoh dua minggu dan menyebabkan banyak kemusnahan.

Rosli berkata, dia sempat mengambil gambar seekor gajah dewasa yang menceroboh kawasan rumahnya ketika kejadian pertama.

Katanya, ketika itu, haiwan liar berkenaan hanya berada kira-kira 30 meter darinya.

“Semasa kejadian kali pertama dahulu kemusnahan tak begitu teruk tapi serangan kali kedua malam tadi (kelmarin) menyebabkan lebih banyak tanaman musnah selain mengakibatkan kerosakan pada pagar rumah.

“Gajah ini datang dari hutan simpan berhampiran untuk mencari makanan. Ini menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan penduduk kerana haiwan liar itu masuk kawasan perumahan,” katanya.


Rosli berkata, sebelum ini serangan gajah sering berlaku di kampung berhampiran termasuk Jeram Landak, Tanjung Buluh, Lentang dan Batu Sembilan hingga menyebabkan penduduk terpaksa menanggung kerugian akibat kemusnahan tanaman.

Katanya, kini gajah berkenaan memasuki kawasan pekan Kerambit yang menempatkan banyak premis perniagaan serta berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kerambit.

“Susulan kejadian ini saya terpaksa menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit akibat kerosakan pagar rumah serta banyak tanaman seperti pokok kelapa, ubi kayu, pisang dan tebu yang telah mengeluarkan hasil musnah kerana serangan gajah. 

“Saya berharap agar pihak berkaitan dapat segera bertindak menangkap dan memindahkan haiwan ini ke habitat asal.

“Tindakan itu juga bagi mengelakkan berlaku serangan gajah terhadap penduduk kampung,” katanya.




Demikianlah Artikel [LIPIS] LAGI GAJAH CEROBOH KAMPUNG

Sekianlah artikel [LIPIS] LAGI GAJAH CEROBOH KAMPUNG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [LIPIS] LAGI GAJAH CEROBOH KAMPUNG dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/lipis-lagi-gajah-ceroboh-kampung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :