Judul : Tiga ahli Parlimen DAP digantung 10 hari
link : Tiga ahli Parlimen DAP digantung 10 hari
Tiga ahli Parlimen DAP digantung 10 hari
Sinar, 26 Mac 2018
Ronald Kiandee
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Tiga ahli parlimen pembangkang digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama 10 hari berkuat kuasa hari ini kerana menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Keputusan itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ke atas Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dan Sivakumar Varatharaju Naidu (DAP-Batu Gajah).
Ini susulan kenyataan dan tindakan ketiga-tiga mereka di luar Dewan Rakyat selepas usul mereka berkenaan penyitaan kapal layar mewah “The Equanimity” pada 6 Mac ditolak Pandikar.
Ketika membacakan keputusan itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Kiandee berkata kenyataan ketiga-tiga ahli parlimen itu merupakan satu penghinaan terhadap Pandikar, tidak mengendahkan kuasa pengerusi serta telah menjejaskan nama baik dan prestij Dewan Rakyat.
“Ia adalah perbuatan yang menghina Majlis Mesyuarat dan tidak mengendahkan kuasa pengerusi seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Mesyuarat 44(2),” katanya.
Beliau memutuskan kenyataan bersama ketiga-tiga ahli parlimen itu yang telah diterbitkan oleh portal berita www.malaysiakini.com yang antaranya mendakwa Pandikar tidak sepatutnya menjadi sekutu untuk menutup skandal rasuah, gagal menegakkan kebenaran, dan patut meletak jawatan, adalah bersifat tuduhan dan menghina Pandikar.
“Pada 13 Mac pula Yang Berhormat Taiping membuat kenyataan media di https://ift.tt/IrnvO1 bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat seharusnya mengambil tindakan bersesuaian untuk memelihara integriti Dewan Rakyat dan jika Yang Dipertua Dewan Rakyat gagal, Parlimen Malaysia akan dilihat sebagai salah satu institusi paling memalukan di dunia,” kata Kiandee.
Setelah meneliti kenyataan bersama itu, beliau berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menulis surat kepada ketiga-tiga anggota parlimen tersebut pada 13 Mac meminta mereka memohon maaf secara terbuka di dalam Dewan Rakyat atas tuduhan yang dibuat namum mereka enggan. - Bernama
Demikianlah Artikel Tiga ahli Parlimen DAP digantung 10 hari
Sekianlah artikel Tiga ahli Parlimen DAP digantung 10 hari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga ahli Parlimen DAP digantung 10 hari dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/03/tiga-ahli-parlimen-dap-digantung-10-hari.html