[TIOMAN] GUNA WANG PALSU DI KEDAI BEBAS CUKAI

[TIOMAN] GUNA WANG PALSU DI KEDAI BEBAS CUKAI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TIOMAN] GUNA WANG PALSU DI KEDAI BEBAS CUKAI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TIOMAN] GUNA WANG PALSU DI KEDAI BEBAS CUKAI
link : [TIOMAN] GUNA WANG PALSU DI KEDAI BEBAS CUKAI

Baca juga


[TIOMAN] GUNA WANG PALSU DI KEDAI BEBAS CUKAI



Beli coklat guna RM100 palsu di kedai bebas cukai




Kedai bebas cukai di Pulau Tioman tidak terkecuali daripada menjadi mangsa wang palsu apabila menerima wang berkenaan ketika urus niaga, Jumaat lalu.

Dalam urus niaga itu, suspek yang dipercayai seorang wanita telah membeli coklat dengan harga RM600 dan membayar menggunakan tiga keping wang RM100 palsu manakala bakinya wang tulen.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor, berkata, wang palsu berkenaan disedari peniaga ketika ingin memasukkan wang hasil perniagaan pada hari itu di sebuah bank di sana.

Menurutnya, pihak bank yang memproses wang berkenaan telah mengesannya sebelum mengambilnya dan membuat laporan di Balai Polis Pulau Tioman.

“Mangsa telah menanggung kerugian atas kes wang palsu ini. Dia juga mengesyaki seorang wanita telah membayar menggunakan wang palsu ini berdasarkan nilai belian yang banyak dan kamera litar tertutup di kedainya.

“Polis kini dalam proses mengenal pasti suspek melalui rakaman kamera litar tertutup yang diperoleh,” katanya ketika ditemui wartawan Sinar Harian, hari ini.

Azli berkata, setakat Mac tahun ini sebanyak sembilan kes melibatkan wang kertas RM100 palsu di daerah ini telah dicatatkan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 28 kes sejak tahun lalu.

Katanya, daripada jumlah itu ia melibatkan 30 keping RM100 dan sekeping RM50 dengan jumlah kerugian RM3,050.

“Berdasarkan kes yang dicatatkan ia agak serius kerana melibatkan ekonomi negara dan modus operandi mereka menyasarkan kedai-kedai kecil di luar bandar.

“Ia kerana pekedai sukar untuk mengesan ketulenan wang berkenaan bagi mengesahkan ia palsu atau tidak tanpa alat pengimbas kerana jika dilihat sekali imbas dengan mata kasar memang nampak tulen,” katanya.

Dalam pada itu, Azli turut menasihatkan masyarakat terutama peniaga supaya lebih berhati-hati apabila menerima pembayaran wang RM100 atau RM50.

Menurutnya, jika dipegang dan diteliti wang palsu itu masih boleh dikenal pasti kerana ia tetap ada perbezaan daripada segi kualiti.

Beliau turut menyarankan pihak bank yang mengesan wang palsu agar segera melaporkannya kepada polis bagi memudahkan polis melakukan siasatan.

Kes memiliki wang palsu disiasat mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun.




Demikianlah Artikel [TIOMAN] GUNA WANG PALSU DI KEDAI BEBAS CUKAI

Sekianlah artikel [TIOMAN] GUNA WANG PALSU DI KEDAI BEBAS CUKAI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TIOMAN] GUNA WANG PALSU DI KEDAI BEBAS CUKAI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/03/tioman-guna-wang-palsu-di-kedai-bebas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :