PAHANG JUARA PIALA EMAS RAJA-RAJA

PAHANG JUARA PIALA EMAS RAJA-RAJA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAHANG JUARA PIALA EMAS RAJA-RAJA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAHANG JUARA PIALA EMAS RAJA-RAJA
link : PAHANG JUARA PIALA EMAS RAJA-RAJA

Baca juga


PAHANG JUARA PIALA EMAS RAJA-RAJA


Pahang juara


Kapten Fauzi Roslan menghadiahkan satu-satunya gelaran bola sepak yang masih tinggal buat Pahang pada tahun ini, Piala Emas Raja-Raja setelah tuan rumah membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 6-2 dalam final edisi ke-76, semalam.

Malah inilah hadiah perpisahan paling manis daripada penyerang kelahiran Pekan ini yang akan berhijrah ke Melaka United bagi meneruskan karier profesionalnya mulai 2017 setelah membanting tulang bersama Pahang sejak 2010.

Trofi pertandingan yang diasaskan pada 1922 ini juga yang ketiga dijulang Pahang selepas 1980 dan 2011 masing-masing dengan menewaskan Perak 4-2 dan Melaka 3-1. Juara beroleh RM40,000 manakala PDRM meraih RM20,000.

Di depan kira-kira 5,000 penyokong setia di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Kojie menjaringkan empat gol selain Muhammad Shahrul Nizam dan Baqiuddin Samsudin manakala PDRM beroleh dua gol sagu hati menerusi Afzal Nazri.

Pahang membuka pesta gol itu menerusi jaringan Fauzi yang menolak masuk bola tangkapan penjaga gol PDRM, Wan Ahmad Hababa Wan Sharifudin pada minit ke-17 yang muntah akibat sepakan awal Nabilah Khan Razali.

Belum pun PDRM cuba memulihkan semangat dengan jaringan itu, Fauzi sekali lagi menyumbat gol dua minit kemudian menerusi rembatan deras selepas mendapat umpanan rakan penyerangnya, Nabilah dari sebelah kiri.

Namun PDRM enggan mengalah awal lalu satu kesilapan penjaga gol tuan rumah, Mohd Nur Kamarullah minit ke-43 yang meluru keluar dari gawangnya terlalu jauh lantas dihukum dengan tolakan masuk Afzal Nazri.

Sepuluh minit babak kedua bersambung, tuan rumah melebarkan kedudukan menerusi sepakan lambung Muhammad Shahrul Nizam yang cantik sehingga memperdayakan Hababa sekaligus merentap semula semangat dan keyakinan pelawat.

Minit ke-66 dan 69 merakamkan gol keempat dan kelima termasuk hatrik Fauzi sebelum bek kiri, Baqiuddin Samsudin menambah parah luka skuad Eddy Gapil dengan gol keenam tuan rumah pada minit ke-87 namun pelawat gagah merapatkan jurang menerusi Afzal.




Demikianlah Artikel PAHANG JUARA PIALA EMAS RAJA-RAJA

Sekianlah artikel PAHANG JUARA PIALA EMAS RAJA-RAJA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAHANG JUARA PIALA EMAS RAJA-RAJA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/pahang-juara-piala-emas-raja-raja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :