Judul : Diplomat dipanggil balik kerana disyaki hina Adenan
link : Diplomat dipanggil balik kerana disyaki hina Adenan
Diplomat dipanggil balik kerana disyaki hina Adenan
Pegawai itu diarahkan pulang ke Kuala Lumpur dengan segera untuk berdepan tindakan disiplin.
PETALING JAYA: Seorang diplomat Malaysia yang berpangkalan di Filipina dipanggil balik untuk berdepan tindakan disiplin kerana didakwa membuat kenyataan menghina kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.
The Star melaporkan pegawai itu memuat naik kenyataan itu ke laman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menerusi Twitternya berkata, pegawai itu diarahkan pulang ke Kuala Lumpur dengan segera untuk dikenakan tindakan disiplin.
Seramai 4 suspek ditahan setakat semalam kerana disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Adenan.
Suspek ke-4 ialah seorang lelaki berusia 47 tahun yang ditahan di Balai Polis Miri semalam, kerana membuat laporan menafikan dia memuat naik catatan memfitnah Adenan dan mungkin akaun Facebooknya digodam.
Tiga lagi lelaki ditahan di Sibu, Kuching dan Kuantan secara berasingan sejak kelmarin, selepas 37 laporan polis dibuat di 12 daerah di Sarawak terhadap 4 pemegang akaun Facebook yang didakwa membuat komen berbaur fitnah berhubung pemergian Adenan.
Demikianlah Artikel Diplomat dipanggil balik kerana disyaki hina Adenan
Sekianlah artikel Diplomat dipanggil balik kerana disyaki hina Adenan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Diplomat dipanggil balik kerana disyaki hina Adenan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/diplomat-dipanggil-balik-kerana-disyaki.html