[Video BN Perak sahkan 2 wakil rakyat lompat sertai HARAPAN] PH dapat mandat bentuk kerajaan Perak.

[Video BN Perak sahkan 2 wakil rakyat lompat sertai HARAPAN] PH dapat mandat bentuk kerajaan Perak. - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video BN Perak sahkan 2 wakil rakyat lompat sertai HARAPAN] PH dapat mandat bentuk kerajaan Perak., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video BN Perak sahkan 2 wakil rakyat lompat sertai HARAPAN] PH dapat mandat bentuk kerajaan Perak.
link : [Video BN Perak sahkan 2 wakil rakyat lompat sertai HARAPAN] PH dapat mandat bentuk kerajaan Perak.

Baca juga


[Video BN Perak sahkan 2 wakil rakyat lompat sertai HARAPAN] PH dapat mandat bentuk kerajaan Perak.

Sabtu, 12 Mei 2018

PH dapat mandat bentuk kerajaan Perak

Faizal bersama Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi ketika ditemui media selepas menghadap Tuanku Sultan Perak.

Pakatan Harapan Perak mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas berjaya memperoleh majoriti mudah 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), lapor Bernama.
Mandat itu diperoleh setelah dua pemenang kerusi Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) memilih untuk menyertai PH.
Perkara itu disahkan Pengerusi PH Perak Ahmad Faizal Azumu.
“Tuanku Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berpuas hati dengan jumlah majoriti mudah yang diperoleh,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta hari ini.
Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan menang 29 daripada 59 kerusi DUN Perak.
Sebelum itu, Ahmad Faizal bersama 31 pemenang kerusi DUN termasuk dua daripada BN yang enggan didedahkan identiti mereka menghadap Sultan Nazrin Shah bagi membuktikan Pakatan Harapan mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.
Ahmad Faizal yang juga pengerusi Bersatu negeri tidak menolak kemungkinan lebih ramai wakil BN akan menyertai Pakatan Harapan.
“Kita akan menubuhkan sebuah kerajaan yang mantap. Hentikan politik. Mulai sekarang kita tumpukan kepada pembangunan negeri dan perkhidmatan yang lebih sempurna,” katanya.
Ahmad Faizal bagaimanapun enggan mendedahkan tentang calon menteri besar Perak dan berkata senarai calon tersebut telah dibincangkan Majlis Presiden PH.
“Kita serahkan nama-nama calon menteri besar kepada tuanku,” katanya.
Pada PRU14 Rabu lepas, PH yang terdiri daripada PKR, DAP, bersatu dan AMANAH menguasai 29 daripada 59 kerusi DUN manakala BN menang 27 dan PAS tiga kerusi
– Bernama


Demikianlah Artikel [Video BN Perak sahkan 2 wakil rakyat lompat sertai HARAPAN] PH dapat mandat bentuk kerajaan Perak.

Sekianlah artikel [Video BN Perak sahkan 2 wakil rakyat lompat sertai HARAPAN] PH dapat mandat bentuk kerajaan Perak. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video BN Perak sahkan 2 wakil rakyat lompat sertai HARAPAN] PH dapat mandat bentuk kerajaan Perak. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/05/video-bn-perak-sahkan-2-wakil-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :