[Video Kajian: 50% berpendapat rakyat tanggung hutang 1MDB] Amanah yakin Pakatan Harapan akan tumbangkan Pas di Kelantan.

[Video Kajian: 50% berpendapat rakyat tanggung hutang 1MDB] Amanah yakin Pakatan Harapan akan tumbangkan Pas di Kelantan. - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Kajian: 50% berpendapat rakyat tanggung hutang 1MDB] Amanah yakin Pakatan Harapan akan tumbangkan Pas di Kelantan., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Kajian: 50% berpendapat rakyat tanggung hutang 1MDB] Amanah yakin Pakatan Harapan akan tumbangkan Pas di Kelantan.
link : [Video Kajian: 50% berpendapat rakyat tanggung hutang 1MDB] Amanah yakin Pakatan Harapan akan tumbangkan Pas di Kelantan.

Baca juga


[Video Kajian: 50% berpendapat rakyat tanggung hutang 1MDB] Amanah yakin Pakatan Harapan akan tumbangkan Pas di Kelantan.

Khamis, 11 Mei 2017

Foto Suara Rakyat.
Suka Halaman Ini · Semalam 
TU DIA.. LAGI 8 BULAN Malaysia capai negara maju dan negara berpendapatan tinggi !!!
Rakyat pun bertambah kaya & tak gusar dgn cukai GST..
Sejak bila Najib tak pernah menipu rakyat ??!

Image result for Gambar Pakatan Harapan

Amanah yakin Pakatan Harapan akan tumbangkan Pas di Kelantan

Salahuddin Ayub
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin Pakatan Harapan akan dapat merampas Kelantan daripada Pas dalam Pilihan raya Umum akan datang.
Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub dipetik berkata, beliau dapat merasakan angin perubahan terhadap pengundi akan berlaku di negeri itu.
"Kami amat yakin dan kita dapat merasakan angin perubahan.
"Peranan kami adalah untuk mendidik pengundi mengenai tindakan Pas bersekongkol dengan Umno.
"Jadi adalah lebih baik untuk Pas terus bersama Umno supaya orang boleh melihat warna sebenar Parti itu,"katanya seperti dilapor Singapore Today hari ini.
Salahuddin berkata demikian selepas ditemui media Singapura  itu ketika hadir sebagai panel yang menyampaikan kertas kerjanya bertajuk :"Amanah: A Game-Charger in Malay-Muslim Politics" yang dianjurkan Yusof Ishak Institut (ISEAS) di republik itu pada Selasa lalu.
Salahuddin dalam temubual itu turut menekankan hala tuju Amanah sebuah jenama parti politik baharu ditubuhkan yang memberi fokus kepada tadbirurus baik, beriintegriti dan akauntabiliti.
Ini kerana katanya, ia adalah selari dengan corak politik yang digalakkan oleh pembangkang di bawah gabungan Pakatan Harapan di Malaysia.
Selain Salahuddin turut ditemubual Dr Norshahril Saat dari ISEAS.
Bagaimanapun beliau berpandangan agak mustahil Amanah dan Pakatan Harapan akan berjaya merampas Kelantan dari Pas yang sudah bertapak 27 tahun di negeri itu.
"Kita harus ingat bahawa ia sentiasa menjadi kubu kuat Pas sejak 1990 dan terdapat kubu kuat Umno di Jeli dan Gua Musang," katanya, merujuk kepada kerusi Parlimen yang dipegang oleh Datuk Mustapha Mohamed dan Tengku Razaleigh Hamzah.
"Amanah memerlukan sokongan dikalangan penyokong luar bandar dan konservatif untuk memecah akar umbi penyokong Pas." ujarnya.
Walau bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohd Hisomudin Bakar, berkata, ia tidak mustahil bagi Amanah untuk merampas Kelantan.
Ini kerana ujarnya, sudah ada rasa tidak puas hati di di kalangan akar umbi apabila gagal menunjukkan prestasi yang baik selepas kematian Mursyidul Am parti itu Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun 2015.
Kelantan dilihat sebagai kerajaan yang gagal untuk menangani isu-isu seperti pembalakan haram dan banjir yang berlaku setiap tahun.
"Umno Kelantan dilihat sebagai tidak berminat untuk mengambil kesempatan daripada prestasi buruk Pas itu telah ditafsirkan sebagai kedua-dua pihak saling bekerja," ujarnya Hisomuddin.
Sebaliknya, Amanah katanya, menunjukkan perkembangan di kubu kuat Pas sepertidi Kota Baru, Kubang Kerian dan Tumpat, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah diterima dengan baik di Kuala Krai, Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah yang dimiliki Umno.
"Gabungan Amanah dan Bersatu boleh mengancam Pas di Kelantan," tambah Hisomudin.


Demikianlah Artikel [Video Kajian: 50% berpendapat rakyat tanggung hutang 1MDB] Amanah yakin Pakatan Harapan akan tumbangkan Pas di Kelantan.

Sekianlah artikel [Video Kajian: 50% berpendapat rakyat tanggung hutang 1MDB] Amanah yakin Pakatan Harapan akan tumbangkan Pas di Kelantan. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Kajian: 50% berpendapat rakyat tanggung hutang 1MDB] Amanah yakin Pakatan Harapan akan tumbangkan Pas di Kelantan. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/video-kajian-50-berpendapat-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :