Ikhlas nak siasat 1MDB atau nak berpolitik? – Dr. Tan Seng Giaw

Ikhlas nak siasat 1MDB atau nak berpolitik? – Dr. Tan Seng Giaw - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ikhlas nak siasat 1MDB atau nak berpolitik? – Dr. Tan Seng Giaw, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ikhlas nak siasat 1MDB atau nak berpolitik? – Dr. Tan Seng Giaw
link : Ikhlas nak siasat 1MDB atau nak berpolitik? – Dr. Tan Seng Giaw

Baca juga


Ikhlas nak siasat 1MDB atau nak berpolitik? – Dr. Tan Seng Giaw

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta berhenti mempolitikkan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) jika benar-benar ikhlas mahu menyelesaikannya.

Veteran DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, jika hendak menentu siapa yang salah atau siapa yang betul, maka lakukanlah siasatan dengan telus mengikut lunas undang-undang.

“Kalau hendak menyiasat, siasatlah senyap- senyap dan fokus. Semasa dalam siasatan tidak boleh buat kenyataan, panggil sidang media dan kemudian membuat tuduhan kepada pihak-pihak tertentu.

“Dalam siasatan ada prosedur. Seandainya ada pihak yang didapati bersalah semasa siasatan, dakwa atau lakukanlah pertuduhan kepadanya supaya yang dituduh dapat diadili di mahkamah.

“Bukannya setiap hari panggil sidang media dan dedahkan apa yang kononnya disiasat. Itu bukan siasatan tetapi hendak berpolitik, ada agenda lain. Siasatan dan sidang media adalah berbeza,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Tegas Seng Giaw, kempen untuk pilihan raya sudah lama selesai dan pilihan raya juga sudah lebih dua minggu berlalu.

Lantaran itu, mana-mana pemimpin yang dipilih tidak perlu terlalu terbawa-bawa budaya berpolitik kerana sudah menjadi pemerintah.

“Pilihan raya sudah berakhir, sudah dipilih jadi tadbirkan negara ini dengan cekap berdasarkan kedaulatan undang-undang,” tambahnya.

Menurut Seng Giaw, berpolitik sepanjang masa dan mempolitikkan semua isu tidak mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang unggul seperti yang uar-uarkan.

Ini terbukti apabila pasaran saham negara jatuh semalam dan hari ini berikutan kebimbangan yang dicetuskan oleh situasi politik di negara ini.

“Kalau banyak cakap, asyik hendak buat siaran berita seperti sekarang hingga menjejaskan nama dan reputasi negara, maknanya tidak sayang kepada Malaysia. Mereka ini hanya sayang pada diri sendiri sahaja,” ujarnya.



Demikianlah Artikel Ikhlas nak siasat 1MDB atau nak berpolitik? – Dr. Tan Seng Giaw

Sekianlah artikel Ikhlas nak siasat 1MDB atau nak berpolitik? – Dr. Tan Seng Giaw kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ikhlas nak siasat 1MDB atau nak berpolitik? – Dr. Tan Seng Giaw dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/05/ikhlas-nak-siasat-1mdb-atau-nak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :