Judul : TUN MAHATHIR: AKTA RAHSIA KERAJAAN BUKAN UNTUK TUTUP JENAYAH
link : TUN MAHATHIR: AKTA RAHSIA KERAJAAN BUKAN UNTUK TUTUP JENAYAH
TUN MAHATHIR: AKTA RAHSIA KERAJAAN BUKAN UNTUK TUTUP JENAYAH
Saya dapati bahawa ‘Rahsia Kerajaan’ ini semuanya dicampuraduk dengan semua perkara. Umpamanya rahsia kerajaan adalah rahsia yang terlibat dengan urusan kerajaan.Pasti anda ingat sebelum ini ketika isu 1MDB mula panas …. dengan bangganya macai mendakwa 1MDB adalah sebuah syarikat berhad yang tidak ada kaitan dengan kerajaan. Jangan kaitkan dengan kerajaan, kata macai.
Kemudian sepertinya ada arahan dari Najib supaya dipertahankan 1MDB dari segala kritikan, bukan saja kerajaan malah parti Umno pun turut diheret oleh Najib dalam kemelut 1MDB.
Serius …. tang mana yang skandal 1MDB ini ada kaitan dengan kerajaan ? Selain dari kerajaan menjadi penjamin, segala urus tadbir dan keputusan2 kewangan semuanya kita lihat TERASING dari kawalan kerajaan.
Kabinet pun tak tahu apa2 mengenai 1MDB sehinggalah pada bulan Mac tahun lepas ketika 1MDB sudah terdesak tidak ada lagi pihak yang mahu beri pinjaman, barulah terhegeh2 mengadap kabinet. Itu pun sepertimana disebut oleh Muhyiddin, Arul Kanda hanya datang sehelai sepinggang dan beri taklimat tanpa sebarang nota atau fakta.
Jadi kita boleh pertikaikan apakah 1MDB ini menjadi begitu rahsia kerana ada kaitan dengan urusan kerajaan atau kerana kaitan dengan MO1 atau Najib ? Di mana kewajarannya 1MDB menjadi Rahsia Kerajaan ?
Tetapi kalau jenayah berlaku dalam kerajaan, pegawai kerajaan tidak dikehendaki menyembunyi, bahkan kalau dia menyembunyi, itu adalah satu cover up.
Benda yang disebut dalam parlimen itu adalah public knowledge, sudah pun diketahui oleh semua orang. Dia tidak menyatakan sesuatu, dia menanya. Bertanya berkenaan dengan sesuatu. nak bertanya pun tak boleh kah ?
Jadi saya nampak pendekar ni, dia cakap lebih. Bila ada orang serang aja, dia tepis. Dia jadi goalkeeper untuk kerajaan. Kerajaan tak payahlah nak tahan bola masuk pintu gol. Dia tolong tahan walaupun tidak ada asas sama sekali.
Pendapat saya, kalau ada jenayah berlaku dalam kerajaan, menjadi tanggungjawab siapa yang tahu berkenaan jenayah itu membuat laporan kepada pihak tertentu…. samada pegawai tertinggi ataupun kepada polis.
Read More / Baca Lagi >>
Demikianlah Artikel TUN MAHATHIR: AKTA RAHSIA KERAJAAN BUKAN UNTUK TUTUP JENAYAH
Sekianlah artikel TUN MAHATHIR: AKTA RAHSIA KERAJAAN BUKAN UNTUK TUTUP JENAYAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TUN MAHATHIR: AKTA RAHSIA KERAJAAN BUKAN UNTUK TUTUP JENAYAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/tun-mahathir-akta-rahsia-kerajaan-bukan.html