Judul : RUU berita palsu terdedah kepada salahguna, kata pakar
link : RUU berita palsu terdedah kepada salahguna, kata pakar
RUU berita palsu terdedah kepada salahguna, kata pakar
PETALING JAYA: Seorang pakar keselamatan siber memberi amaran walaupun undang-undang anti berita palsu yang dicadangkan bertujuan untuk memastikan pemberitaan dan penyebaran maklumat yang benar, ia boleh memakan tuan jika tidak dilaksanakan dengan betul.
CF Fong berkata walaupun kawalan undang-undang bagi menghalang maklumat palsu mungkin sesuatu yang bagus, tetapi ada sisi lain yang perlu diperhatikan.
“Undang-undang boleh ditafsirkan secara subjektif dan boleh disalahgunakan,” katanya.
Beliau berkata media sosial tempatan dan laman berita dalam talian dihujani dengan campuran pelbagai unsur, termasuk yang benar dan tidak benar.
Oleh itu sukar untuk mengenalpasti sama ada satu-satu artikel itu benar atau tidak, katanya.
“Satu berita ‘palsu’ mungkin mengandungi unsur-unsur fakta dan ini mungkin menyebabkan berita itu nampak berasas,” katanya.
“Jadi bagaimana agensi penguatkuasaan akan menangani berita campuran pelbagai unsur ini? Ini sesuatu yang penggubal undang-undang perlu fikirkan,” katanya.
Rang undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 dibentangkan di Dewan Rakyat minggu lepas, dan menyatakan mana-mana orang yang didapati bersalah mencipta, menawarkan, menerbitkan, mengedar atau menyebarkan berita palsu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000, pemenjaraan tidak melebihi 6 tahun, atau kedua-duanya.
RUU itu menggambarkan berita palsu sebagai sebarang berita, maklumat, data atau laporan, yang palsu sepenuhnya atau sebahagiannya, sama ada dalam rencana, visual, rakaman audio atau sebarang bentuk yang boleh mencadangkan kata-kata atau idea.
Fong berkata oleh kerana undang-undang itu memerlukan penyedia maklumat lebih bertanggungjawab, ia akan mengubah cara maklumat disebarkan di ruang siber.
“Cabaran utama ialah penggubal undang-undang perlulah boleh menilai dan menapis maklumat ‘benar’ dan ‘palsu’.”
Beliau berkata badan kawal selia harus menjalankan inisiaitf untuk menyediakan penjelasan tentang berita dan maklumat palsu, seperti yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan melalui portal sebenarnya.my.
Demikianlah Artikel RUU berita palsu terdedah kepada salahguna, kata pakar
Sekianlah artikel RUU berita palsu terdedah kepada salahguna, kata pakar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RUU berita palsu terdedah kepada salahguna, kata pakar dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/03/ruu-berita-palsu-terdedah-kepada.html