Judul : GANGGUAN BEKALAN AIR DI PEKAN, 5 APRIL INI
link : GANGGUAN BEKALAN AIR DI PEKAN, 5 APRIL INI
GANGGUAN BEKALAN AIR DI PEKAN, 5 APRIL INI
Kira-kira 6,561 pemegang akaun mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Chini.
Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip), Nurul Farhana Abdul Hamid berkata, kerja-kerja penyelenggaraan itu bermula jam 9 pagi hingga 8 malam, pada 5 April ini.
Menurutnya, antara kawasan terlibat ialah seluruh Felda Chini dan Chini Timur; Bandar 02, Kampung Gumum, Kampung Batu Balik, Air Hitam dan Kampung Paloh Hinai.
“Beberapa kampung lain seperti Kampung Pulau Rumput; Kampung Padang Rumbia, Kampung Temal, Kampung Bangkong, Kampung Tebas Buang, Kampung Arong, Kampung Wah-Wah, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Pelancongan Tasik Chini turut terjejas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau menasihatkan pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi persediaan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tersebut.
Pengguna yang ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan, di talian 09-573 9999.
Demikianlah Artikel GANGGUAN BEKALAN AIR DI PEKAN, 5 APRIL INI
Sekianlah artikel GANGGUAN BEKALAN AIR DI PEKAN, 5 APRIL INI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel GANGGUAN BEKALAN AIR DI PEKAN, 5 APRIL INI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/03/gangguan-bekalan-air-di-pekan-5-april.html