[ROMPIN] PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA PERTAMA DI SEMENANJUNG

[ROMPIN] PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA PERTAMA DI SEMENANJUNG - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [ROMPIN] PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA PERTAMA DI SEMENANJUNG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [ROMPIN] PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA PERTAMA DI SEMENANJUNG
link : [ROMPIN] PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA PERTAMA DI SEMENANJUNG

Baca juga


[ROMPIN] PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA PERTAMA DI SEMENANJUNG


Pusat Pandu Lalu Kitar Semula pertama di semenanjung


Perkhidmatan pandu lalu biasa dilihat disediakan di restoran makanan segera bagi memudahkan para pelanggan membeli namun konsep yang sama digunakan untuk tujuan lain di daerah ini.

Menggunakan sebahagian ruang pejabat, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Rompin mengambil tindakan proaktif dengan menyediakan Pusat Pandu Lalu bagi tujuan membeli barangan kitar semula.

Barangan kitar semula yang dibeli antaranya kertas, plastik, logam, e-waste, dan minyak masak terpakai.

Mana-mana pihak yang mahu menjual boleh terus ke belakang pejabat yang menempatkan kaunter penerimaan barang.

Difahamkan, ia bermula pada 2013 dan yang pertama di semenanjung, ia kini turut dicontohi oleh pejabat SWCorp di tempat lain.

Pegawai Penguatkuasa SWCorp Rompin, Chang Ana, berkata, sambutan yang diberikan masyarakat setempat amat menggalakkan.

Menurutnya, bermula dengan hasil kutipan sebanyak 5 tan pada tahun pertama, hingga tahun lalu ia menunjukkan trend meningkat kepada 29.5 tan pada 2017.

Katanya, tujuan utama mewujudkan perkhidmatan itu selepas mendapati tiada kemudahan pusat kitar semula di daerah ini.

"Jadi kami ambil inisiatif menggunakan ruang pejabat yang kosong untuk dijadikan Pusat Pandu Lalu Kitar Semula dan tempat mengumpul barangan yang telah dibeli.

"Mereka boleh datang untuk menjual barang-barang terpakai atau kitar semula dengan kadar harga yang telah ditetapkan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Chang Ana berkata, berdasarkan rekod bagi tempoh lima tahun, jumlah terkumpul barang kitar semula yang dibeli adalah seberat 111.5 tan.

Menurutnya, jika dicampur dengan hasil kutipan bagi tempoh sama melalui bank kitar semula dan pengasingan di punca, sebanyak 258.7 tan telah direkodkan.




Demikianlah Artikel [ROMPIN] PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA PERTAMA DI SEMENANJUNG

Sekianlah artikel [ROMPIN] PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA PERTAMA DI SEMENANJUNG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [ROMPIN] PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA PERTAMA DI SEMENANJUNG dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/rompin-pusat-pandu-lalu-kitar-semula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :