Mahfuz dipanggil beri keterangan

Mahfuz dipanggil beri keterangan - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahfuz dipanggil beri keterangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahfuz dipanggil beri keterangan
link : Mahfuz dipanggil beri keterangan

Baca juga


Mahfuz dipanggil beri keterangan

 Mahfuz dipanggil beri keterangan
Mahfuz bersama peguam bertemu media di IPK Alor Setar sebelum memberi keterangan.
(Ubah saiz teks)
ALOR SETAR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bagi memberi keterangan berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menerusi video ceramah yang tular.

Video berdurasi enam minit 38 saat itu tular di Facebook sejak beberapa hari lalu.
Mahfuz tiba di Ibu Pejabat Kontinjen Alor Setar di Jalan Stadium  bersama peguamnya Mohd Fikri Abd Rahman dan beberapa penyokong pada 10.30 pagi tadi.

Mahfuz berkata beliau mendapatkan panggilan daripada pihak polis untuk membantu siasatan,  petang semalam, ketika berada di Lapangan Terbang  Antarabangsa Subang, Kuala Lumpur.

"Hari ini, saya akan memberikan kerjasama yang 100 peratus dalam kes ini,"katanya, kepada media di luar pagar IPK, di sini, sebentar tadi, sebelum memberi keterangan  kepada pihak polis.
Mohd Fikri berkata anak guamnya akan keterangan untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

Sebelum ini, Pemuda Umno Pahang  menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap  Mahfuz kerana menghina dan menjadikan video Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan jenakanya ketika memberi ceramah politik.

Ketua Pemudanya Mohd Shahar Abdullah berkata tindakan itu mencerminkan kebiadapan dan kecetekan akal pemimpin pembangkang itu yang jelas tidak menghormati institusi beraja di negara ini serta melampaui batas seorang ahli politik.

Semalam, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah juga, kecewa dengan tindakan tindalan Mahfuz yang mempersendakan ayahanda baginda dengan menjadikan sebagai bahan jenaka dalam ceramah politik selain melanggar ketertiban seorang Melayu.

Baginda juga percaya kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen itu sudah dibuka oleh pihak berkuasa selepas banyak laporan polis dibuat sama ada daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak istana.

Baru-baru ini, Mahfuz dalam ceramahnya, antara lain mengulas kewajaran Tun Dr Mahathir Mohamad berusia 92 tahun dipilih sebagai calon perdana menteri dan membandingkannya dengan Sultan Ahmad Shah yang kekal menjadi Sultan Pahang walaupun sedang gering.



Demikianlah Artikel Mahfuz dipanggil beri keterangan

Sekianlah artikel Mahfuz dipanggil beri keterangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahfuz dipanggil beri keterangan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/mahfuz-dipanggil-beri-keterangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :