NORLIA WANITA BESI PBNP

NORLIA WANITA BESI PBNP - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NORLIA WANITA BESI PBNP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NORLIA WANITA BESI PBNP
link : NORLIA WANITA BESI PBNP

Baca juga


NORLIA WANITA BESI PBNP


Norlia wanita besi PBNP


DI sebalik tabir dalam sukan bola sepak yang selalunya dikuasai lelaki, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mencorak sejarah tersendiri.

Jawatan Setiausaha Agung yang juga antara tonggak penting dalam sesebuah persatuan, Norlia Abdul Manaf, 50, mendapat kepercayaan daripada Presiden PBNP, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah untuk memegang jawatan itu.

Difahamkan Norlia wanita kedua yang memegang jawatan itu dalam persatuan bola sepak negeri di negara ini.

Mula dilantik secara rasmi pada 1 Februari 2017, kini bekas Ketua Pentadbiran dan Kewangan Persatuan tersebut mengakui masih perlu banyak dipelajarinya terutama aspek teknikal perlawanan.

Ketika ditemui di pejabatnya di sini, anak kedua daripada lima beradik itu mesra dan lebih banyak merendah diri walaupun sudah dinaikkan pangkat.

“Tak lama lagi setahun saya memegang jawatan ini. Secara jujurnya terkejut apabila mendapat kepercayaan persatuan tetapi sebelum ini sudah banyak melakukan tugas sebegini ketika membantu mantan Setiausaha, Allahyarham Fuzzemi Ibrahim.




“Dan dari situ saya banyak belajar dan mengetahui tugas-tugas yang perlu dijalankan selain mendapatkan nasihat serta bantuan daripada staf senior yang berpengalaman dan ahli-ahli Majlis PBNP," katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya sejarah awal pembabitannya dalam persatuan itu, beliau memberitahu ia bermula selepas tamat pengajian pada 1989.

“Pada mulanya saya jadi pembantu peribadi, kemudian beralih ke pentadbiran sehingga 2001 dilantik ketua pentadbiran. Seterusnya memangku jawatan ketua bahagian kewangan mulai 2010," katanya.

“Dalam keluarga, tiada siapa pun yang aktif atau berlatarbelakangkan bola sepak kecuali suami, Mohd Kazwan Kassim yang pernah bermain dan peminat tegar bola sepak," katanya lagi.

Menurutnya, beliau menghargai sokongan, kepercayaan dan bantuan yang diberikan oleh suaminya berikutan tuntutan tugasnya yang boleh dikatakan menuntut banyak masa.

“Buat masa ini saya kena kuasai dan dalami lagi aspek pertandingan kerana akui masih lemah dengan aspek tersebut,” katanya.


Sentiasa menjalinkan kerjasama baik dengan kakitangan.


Dalam pada itu, ibu kepada empat cahaya mata itu mengakui reaksi saudara mara dan rakan yang teruja dengan tugas yang dipegang dalam persatuan itu.

“Ramai yang cakap saya beruntung dan bangga tetapi saya tidak anggap ia menjadi sebab untuk besar diri," katanya.

Tekad Norlia untuk menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh PBNP.

“Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih terhadap Presiden PBNP (Tengku Abdul Rahman) yang memberikan kepercayaan sepenuhnya,” katanya yang turut menghargai komitmen dan kerjasama baik oleh 10 staf persatuan tersebut.




Demikianlah Artikel NORLIA WANITA BESI PBNP

Sekianlah artikel NORLIA WANITA BESI PBNP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NORLIA WANITA BESI PBNP dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/norlia-wanita-besi-pbnp.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :