Judul : [KUANTAN] TAK SAMPAI HATI SUSAHKAN IBU BAPA
link : [KUANTAN] TAK SAMPAI HATI SUSAHKAN IBU BAPA
[KUANTAN] TAK SAMPAI HATI SUSAHKAN IBU BAPA
Kekurangan dalam keluarga menyebabkan dua beradik , Nurul Amirah Asyikin Abdullah, 14, dan Nurul Atiqah Aleeya, 16, tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa mereka.
Nurul Amirah Asyikin berkata, bapanya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan tidak seberapa manakala ibunya seorang OKU masalah saraf tangan.
Menurutnya, dia dan kakaknya hanya menggunakan pakaian dan keperluan persekolahan tahun lalu yang masih elok kerana tidak mahu menyusahkan kedua orang tua mereka yang tidak mampu membelikan pakaian baru.
“Kami pergi sekolah pakai baju tahun lepas saja. Ada koyak sikit tu biasalah.
"Kami tak mahu susahkan ibu dan ayah, pakai yang mana masih elok,” katanya ketika ditemui pada Program Sumbangan Persekolahan di Pejabat Umno Indera Mahkota, kelmarin.
Pelajar tingkatan dua yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelabuhan itu berkata, dia tidak berasa malu untuk ke sekolah dengan pakaian lama kerana niatnya untuk menuntut ilmu.
“Kami tak ada masalah pakai baju lama, malah tetap bersemangat," katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Dato' Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata, sumbangan beg sekolah dan wang perbelanjaan persekolahan kepada dua beradik itu bagi membantu mereka melalui persekolahan dengan baik.
Demikianlah Artikel [KUANTAN] TAK SAMPAI HATI SUSAHKAN IBU BAPA
Sekianlah artikel [KUANTAN] TAK SAMPAI HATI SUSAHKAN IBU BAPA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] TAK SAMPAI HATI SUSAHKAN IBU BAPA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/kuantan-tak-sampai-hati-susahkan-ibu.html