[Video Adun Pas Selangor Dalam Dilema...Tak tahu nak pergi mana!] Amanah Perlis mahu ubah kerajaan negeri, gesa rakyat bersama tolak UmnoBN.

[Video Adun Pas Selangor Dalam Dilema...Tak tahu nak pergi mana!] Amanah Perlis mahu ubah kerajaan negeri, gesa rakyat bersama tolak UmnoBN. - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Adun Pas Selangor Dalam Dilema...Tak tahu nak pergi mana!] Amanah Perlis mahu ubah kerajaan negeri, gesa rakyat bersama tolak UmnoBN., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Adun Pas Selangor Dalam Dilema...Tak tahu nak pergi mana!] Amanah Perlis mahu ubah kerajaan negeri, gesa rakyat bersama tolak UmnoBN.
link : [Video Adun Pas Selangor Dalam Dilema...Tak tahu nak pergi mana!] Amanah Perlis mahu ubah kerajaan negeri, gesa rakyat bersama tolak UmnoBN.

Baca juga


[Video Adun Pas Selangor Dalam Dilema...Tak tahu nak pergi mana!] Amanah Perlis mahu ubah kerajaan negeri, gesa rakyat bersama tolak UmnoBN.

Khamis, 28 Disember 2017

Amanah Perlis mahu ubah kerajaan negeri, gesa rakyat bersama tolak Umno-BN

AMANAH Perlis akan meneruskan usaha bersama Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan tampuk pemerintahan kerajaan negeri Perlis diubah menjelang Pilihan Raya Umum ke-14  akan datang.
Ketua Angkatan Wanita (Awan) Negeri Perlis Che Mazlina Che Yob berkata, jika membiarkan Umno-BN meneruskan pemerintahan untuk tempoh lima tahun lagi, akan menyebabkan kehidupan rakyat semakin melarat.
“Yang miskin akan bertambah miskin, manakala yang sedia melarat akan menjadi papa dan kedana.
“Sejajar dengan itu rakyat negeri Perlis harus bangkit dan berani untuk membuat perubahan dalam pilihan raya umum tidak lama lagi dengan menolak Umno dan BN, ” ujarnya.
Beliau ditemui ketika turun padang memberikan bantuan pakaian sekolah kepada pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti sekitar kawasan Dun Santan semalam.
Che Mazlina Che Yob  bersama sebahagian pelajar yang menerima bantuan pakaian sekolah di Dun Santan.
Che Mazlina juga memberitahu PH Perlis telah menyediakan pelbagai tawaran yang menarik demi memperjuangkan nasib rakyat serta amat mengharapkan sokongan yang padu bagi merampas kerusi Dun maupun Parlimen tidak lama lagi.
Menyedari kos sara hidup yang amat membebankan sejak kebelakangan ini, katanya, AMANAH Negeri Perlis menghulur bantuan yang terdaya bagi meringankan beban keluarga miskin dan berpendapatan rendah menjelang sesi persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
Atas kesedaran tersebut Awan Perlis telah menghulurkan bantuan pakaian sekolah kepada pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti sekitar kawasan Dun Santan.
Menurut beliau lagi, adalah menjadi harapan Awan Perlis dengan sumbangan tersebut dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh keluarga terbabit.
“Kebanyakan golongan yang terpilih bagi menerima sumbangan pakaian sekolah semalam adalah mereka yang terdiri dari golongan miskin dan berpendapatan rendah.
“Dengan kos sara hidup yang amat tinggi serta harga barang yang semakin meningkat dan ditambah pula dengan cukai GST yang dipaksa oleh kerajaan kini, ia amat menyulitkan kehidupan masyarakat.
“Ekoran itu jugalah AWAN Perlis mengambil pendekatan segera dengan turun padang bagi membantu golongan tersebut,” ujarnya.
Beliau juga berkata, rata-rata mereka yang menerima sumbangan semalam amat terharu kerana belum pernah menerima sumbangan sedemikian walaupun berada dalam kawasan yang diterajui oleh wakil rakyat Umno dan BN.
Malah tegasnya, Awan Perlis telah begitu sinonim dengan masyarakat miskin dan golongan marhaen dalam banyak program dan aktiviti sejak AMANAH ditubuhkan.
Oleh kerana itu katanya, AMANAH akan tetap meneruskan agenda peduli rakyat melalui pelbagai bentuk sokongan yang mampu diberikan kepada semua golongan masyarakat yang memerlukan.
“Yang pasti, kerajaan Umno dan BN tidak perlu dibiarkan untuk terus bermaharajalela menekan dan menindas rakyat.
“Secara jelasnya kita dapat lihat cukai GST yang dikenakan amat zalim kerana ia turut dikenakan kepada rakyat miskin, pelajar sekolah, warga emas, ibu tunggal dan sebagainya.
“Tanpa rasa prihatin dan belas kasihan, kerajaan yang ada kini, amat rakus menzalimi rakyat melalui pelbagai polisi yang tidak adil, ” tegasnya
MD.



Demikianlah Artikel [Video Adun Pas Selangor Dalam Dilema...Tak tahu nak pergi mana!] Amanah Perlis mahu ubah kerajaan negeri, gesa rakyat bersama tolak UmnoBN.

Sekianlah artikel [Video Adun Pas Selangor Dalam Dilema...Tak tahu nak pergi mana!] Amanah Perlis mahu ubah kerajaan negeri, gesa rakyat bersama tolak UmnoBN. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Adun Pas Selangor Dalam Dilema...Tak tahu nak pergi mana!] Amanah Perlis mahu ubah kerajaan negeri, gesa rakyat bersama tolak UmnoBN. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/video-adun-pas-selangor-dalam-dilematak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :