[KUANTAN] TAK MAMPU BEKERJA, SELEPAS KENA ANGIN AHMAR

[KUANTAN] TAK MAMPU BEKERJA, SELEPAS KENA ANGIN AHMAR - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] TAK MAMPU BEKERJA, SELEPAS KENA ANGIN AHMAR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] TAK MAMPU BEKERJA, SELEPAS KENA ANGIN AHMAR
link : [KUANTAN] TAK MAMPU BEKERJA, SELEPAS KENA ANGIN AHMAR

Baca juga


[KUANTAN] TAK MAMPU BEKERJA, SELEPAS KENA ANGIN AHMAR


Tak mampu bekerja, selepas kena angin ahmar


Seorang warga emas kini bergantung hidup dengan mengharapkan ihsan anak dan sumbangan orang ramai selepas terlantar akibat serangan angin ahmar sejak Oktober lalu.

Kehidupan Muhamad Abdul Wahab, 60, berubah sepenuhnya apabila anggota badannya sebelah kanan tidak mampu bergerak .

“Dulu pakcik kerja sebagai pengawal keselamatan di Damansara dan hasil pendapatan setiap bulan dapat menampung kehidupan kami lima beranak.

“Tapi sejak pakcik kena angin ahmar kehidupan kami sekeluarga jadi sukar, makan dan pakai ikut ihsan anak dan orang bagi saja.

“Setakat ni tak pernah lagi pakcik sekeluarga tak makan, sebab anak-anak ada bagi sedikit barangan keperluan bagi membolehkan kami isi perut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang di sini, semalam.

Muhamad berkata, isterinya, Sariah Mahmod, 51, juga tidak boleh bekerja kerana terpaksa menjaganya dan seorang lagi anaknya, Husin, 13, yang kurang upaya (OKU) cacat pada bahagian kaki.

Jelasnya, Husin perlu dijaga rapi memandangkan dia tidak boleh menguruskan dirinya sendiri.

Disebabkan kesempitan hidup yang dihadapinya, Muhamad mengakui seorang anaknya, Norshafihuddin, 15, tidak lagi bersekolah kerana terpaksa bekerja bagi menanggung keluarga

Selain itu, seorang lagi anaknya, Hasan, yang akan memasuki tingkatan satu beberapa hari lagi masih belum diuruskan kelengkapan persekolahannya.

“Pakcik tak uruskan apa-apa untuk persekolahan Hasan kerana tak mampu.. tapi mujur ada insan yang baik hati sudi uruskan pendaftaran dan membeli pakaian untuknya,” katanya.

Muhamad turut memaklumkan, dia tidak pernah menerima mana-mana bantuan daripada agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak pernah memohon.

Bagaimanapun katanya, sewaktu Husin bersekolah, bantuan secara bulanan diberikan sekitar RM250, tetapi bantuan tersebut tidak lagi disalurkan.

Kepada yang ingin menderma boleh hubungi Muhamad di talian 011-39918723.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] TAK MAMPU BEKERJA, SELEPAS KENA ANGIN AHMAR

Sekianlah artikel [KUANTAN] TAK MAMPU BEKERJA, SELEPAS KENA ANGIN AHMAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] TAK MAMPU BEKERJA, SELEPAS KENA ANGIN AHMAR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/12/kuantan-tak-mampu-bekerja-selepas-kena.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :