Judul : RAKYAT DAH FAHAM, UNDI PAKATAN HARAPAN BERMAKNA UNDI DAP
link : RAKYAT DAH FAHAM, UNDI PAKATAN HARAPAN BERMAKNA UNDI DAP
RAKYAT DAH FAHAM, UNDI PAKATAN HARAPAN BERMAKNA UNDI DAP
Undi Harapan bermakna undi DAP
Muhammad Khalil.
(Ubah saiz teks)
MARANG - Pemuda Pas menyifatkan memberi undi kepada Amanah, Bersatu dan PKR dalam Pakatan Harapan (Harapan) bermakna turut memberi undi kepada DAP.
Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pertembungan politik dalam negara kini menjadi semakin tajam dan lebih menjurus kepada penguasaan kedudukan serta bermotif untuk saling menjatuhkan.
Menurutnya, kesan darinya mewujudkan sikap melampau yang dilatari dengan kontroversi, sensasi, manipulasi dan provokasi termasuk kebiasaan fitnah dan ugutan.
"Semua ini menjadikan suhu politik sentiasa panas, tegang dan memualkan rakyat. Malah, kemaruk kuasa menyaksikan terdapat pihak dari Harapan yang berhubungan dan mengundang entiti asing.
"Ia merisikokan kepada campur tangan luar yang boleh menjahanamkan negara seperti mana terjadi kepada beberapa negara di timur Tengah.
"Paling dikesali apabila menjadikan Islam sebagai mangsa dan sasaran serangan dengan mempertikai dan menghina serta membibitkan pelbagai rasa tidak puas hati," katanya.
Mutakhir ini katanya, api tersebut sering dicetuskan DAP yang menyemarakkan hasutan kebencian dan tuduhan terutama terhadap usaha agama dibawa Pas.
"Ketika sama, pergerakan DAP turut dibayangi agenda Evangelis Kristian dan bercita-cita menawan untuk mengsekularkan negara ini.
"Bahkan tindak tanduk DAP jelas mahu menjadi dominan di dalam Harapan, sekali gus menentu arah setiap tindakan pakatan itu.
"Keadaan itu mendedahkan hakikat bahawa undi kepada parti di dalam Harapan bermakna memberi undi kepada DAP," katanya.
Beliau berkata, DAP sebenarnya menyelindungi wajah hipokrit dengan menyelinap serta mempengaruhi Amanah, Bersatu dan PKR untuk dicengkam sebagai proksi dalam melaksanakan pelbagai misinya.
Katanya, mengalahkan BNdan Harapan adalah misi menyelamat yang penting buat negara pada PRU14 nanti.
Beliau berkata, politik seharusnya menjadi wadah kebertanggungjawaban oleh kepimpinan bagi melaksanakan setiap urusan rakyat dan negara dengan naungan paling jujur dan profesional, bukannya peluang atau kesempatan peribadi, kroni mahupun parti.
"Inilah kesungguhan yang Pas gagaskan menerusi Budaya Politik Matang dan Sejahtera ke arah meletakkan kembali negara di landasan betul.
"Semua ini hanya dapat dilaksanakan dengan meletakkan paksi Malaysia berasaskan pemerintahan Islam yang dipertanggungjawabkan kepada ALLAH serta adanya perhitungan pahala dan dosa.
"Hanya Islam dapat memberi jaminan dan perlindungan hakiki terhadap segala kepentingan, hak, nilai dan usaha. Peranan ini adalah sandaran masa depan yang kini terletak di tangan rakyat untuk menentukannya," katanya.
Dalam pada itu, katanya, Pemuda Pas di seluruh negara kini bersiap siaga menghadapi PRU14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang terutama sebagai jentera utama di semua Dun dan Parlimen yang akan Pas tandingi.
Menurutnya, jentera Pemuda Pas akan bertindak selaku pelincir utama yang mendokong tugas-tugas pilihan raya, termasuk bersedia selaku calon untuk merealisasikan peranan memimpin.
"Kami juga siap siaga menempuh cabaran pertembungan berapa penjuru sekalipun yang mungkin berlaku dengan strategi diolah sesuai lunas demokrasi serta peraturan pilihan raya.
"Dalam pertarungan yang berlaku nanti, parti mana jua kami hadapi atau menentang kami, bererti mereka adalah musuh untuk kami tewaskan. Oleh itu, kami tegaskan, tiada sebarang kompromi kepada BN mahupun PH," katanya.
Beliau berkata, Pemuda Pas melihat PRU14 sebagai medan yang semakin unik dan penuh cabaran, kesan dari pelbagai perubahan dalam negara terutama keterbukaan minda rakyat, selain perpecahan parti pemerintah.
"Ini menjadikan potensi setiap parti turut berubah di mana Pas yakin dapat mencapai kejayaan memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen dan empat negeri, dengan izin ALLAH," katanya.
Muhammad Khalil berkata, selama 62 tahun di bawah pemerintahan BN (dahulu Perikatan), negara masih diselimuti oleh pelbagai kebejatan, salah urus tadbir, kepincangan, penyelewengan dan ketidakadilan.
Menurutnya, Malaysia kini menanggung pelbagai bebanan, risiko dan ancaman dalam keadaan perpaduan dan integriti paling lemah.
"BN telah gagal mempertahankan sebegitu banyak lunas penting dalam Perlembagaan Malaysia dan Kontrak Sosial.
"Kini kerap kali Islam sebagai agama Persekutuan; kedaulatan Raja-raja Melayu; hak keistimewaan Melayu; Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; Tanah Rizab Melayu; dan hak bangsa serta penganut agama lain; dicabar dan diremehkan.
"Ia menyebabkan gugatan kepada keharmonian dalam negara di mana berpunca dari pencabulan pernah dilakukan Umno-BN sendiri," katanya.
Demikianlah Artikel RAKYAT DAH FAHAM, UNDI PAKATAN HARAPAN BERMAKNA UNDI DAP
Sekianlah artikel RAKYAT DAH FAHAM, UNDI PAKATAN HARAPAN BERMAKNA UNDI DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel RAKYAT DAH FAHAM, UNDI PAKATAN HARAPAN BERMAKNA UNDI DAP dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/rakyat-dah-faham-undi-pakatan-harapan.html