Pengarah ASLI kata Pelantikan Khalid di Prasarana cepat sangat, Pertikai Pengalaman dalam Pengangkutan Awam

Pengarah ASLI kata Pelantikan Khalid di Prasarana cepat sangat, Pertikai Pengalaman dalam Pengangkutan Awam - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengarah ASLI kata Pelantikan Khalid di Prasarana cepat sangat, Pertikai Pengalaman dalam Pengangkutan Awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengarah ASLI kata Pelantikan Khalid di Prasarana cepat sangat, Pertikai Pengalaman dalam Pengangkutan Awam
link : Pengarah ASLI kata Pelantikan Khalid di Prasarana cepat sangat, Pertikai Pengalaman dalam Pengangkutan Awam

Baca juga


Pengarah ASLI kata Pelantikan Khalid di Prasarana cepat sangat, Pertikai Pengalaman dalam Pengangkutan Awam


Pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Berhad telah menarik perhatian beberapa pihak, terutamanya berhubung pengalaman beliau dalam sektor pengangkutan awam.
Pengarah Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam berkata walaupun bukan sesuatu yang luar biasa bagi penjawat awam dilantik memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selepas bersara, namun beliau melihat pelantikan Khalid itu "cepat" sangat, selepas persaraan rasminya daripada pasukan polis Isnin lalu.
Sambil berkata Khalid sepatutnya diberi masa untuk berehat, beliau bertanya "kenapa mereka (kerajaan) tidak tunggu sedikit lagi masa?"
"Juga, orang ramai perlu diberitahu mengapa (Khalid dilantik), jika tidak, akan timbul banyak spekulasi. Bekas IGP itu boleh diberi jawatan yang lebih berkaitan dengan keselamatan. Kekurangan penjelasan mendorong timbul spekulasi yang tidak perlu," kata bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan itu kepada Malaysiakini.
Ramon juga merupakan pengerusi Pusat Pengajian Dasar Awam (CPPS).
Sementara itu, pengarah Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel berkata pelantikan ke dalam GLC, seperti Khalid, perlu lebih telus.
"Apakah kriteria dalam memberi Khalid pakej persaraan ini? Apakah pengalamannya dalam pengangkutan awam dan bas?" soalnya.
Menurutnya, pelantikan mesti dibuat dengan lebih ketelusan kerana ia berurusan dengan jutaan dana awam.
Beliau menambah bahawa Khalid harus "memberi contoh yang baik" dan mengisytiharkan asetnya selepas beliau bersara sebagai IGP dan sebelum memulakan peranan barunya.
"Selain itu, sebuah jawatankuasa pilihan parlimen juga perlu diwujudkan untuk menentukan tadbir urus dan kepimpinan dalam GLC," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan Khalid dalam satu kenyataan pada hari Selasa, dengan berkata, beliau yakin Khalid akan meneruskan misi dan visi Prasarana untuk membina dan menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf dunia serta meningkatkan penggunaan pengangkutan awam.
Khalid juga dilantik sebagai duta khas bagi meningkatkan hubungan dalam usaha perangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia.
Prasarana mengendalikan kebanyakan infrastruktur pengangkutan awam negara termasuk MRT, LRT, KL Monorail dan perkhidmatan bas Rapid di ibu negara, Pulau Pinang, Kuantan dan Kamunting.
Ia dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan, entiti yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. - MK


Demikianlah Artikel Pengarah ASLI kata Pelantikan Khalid di Prasarana cepat sangat, Pertikai Pengalaman dalam Pengangkutan Awam

Sekianlah artikel Pengarah ASLI kata Pelantikan Khalid di Prasarana cepat sangat, Pertikai Pengalaman dalam Pengangkutan Awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengarah ASLI kata Pelantikan Khalid di Prasarana cepat sangat, Pertikai Pengalaman dalam Pengangkutan Awam dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/09/pengarah-asli-kata-pelantikan-khalid-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :