[ROMPIN] IKTIRAF PERANAN, JASA NELAYAN

[ROMPIN] IKTIRAF PERANAN, JASA NELAYAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [ROMPIN] IKTIRAF PERANAN, JASA NELAYAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [ROMPIN] IKTIRAF PERANAN, JASA NELAYAN
link : [ROMPIN] IKTIRAF PERANAN, JASA NELAYAN

Baca juga


[ROMPIN] IKTIRAF PERANAN, JASA NELAYAN


Iktiraf peranan, jasa nelayan



Tidak kira nelayan darat atau laut, peranan dan jasa golongan itu sangat besar kepada negara serta bantuan yang disalurkan adalah bukti mereka diiktiraf.

Pekerjaan dalam sektor itu tidak sama dengan sektor lain kerana mereka ibarat keluar memburu, namun tiada jaminan akan pulang dengan hasil tangkapan hinggakan kadang-kadang modal minyak pun hangus.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Datuk Adnan Hussain berkata, justeru mereka ini telah diberikan bantuan saraan bulanan berdasarkan syarat-syarat ditetapkan masing-masing RM200 bagi nelayan darat manakala RM300 bagi nelayan laut.

“Mereka ini pergi ke laut menempuh pelbagai cabaran untuk memburu ikan demi membawa balik sumber protein kepada kita (rakyat), jadi golongan nelayan ini memang istimewa.

“Mereka tidak sama seperti petani, walaupun ada risiko tetapi boleh jangka pulangan berdasarkan hasil tanaman, jadi inilah sebab kerajaan bantu bukan sekadar elaun namun termasuk peralatan-peralatan lain,” katanya ketika ditemui pada program penyerahan bantuan input touch point kepada nelayan Daerah Rompin yang disampaikan Adun Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain.

Seramai 200 nelayan terdiri daripada nelayan darat dan laut daerah Rompin menerima bantuan berbentuk tong insulasi, jaket keselamatan, jaring dan set peralatan menangkap ikan.

Dalam majlis itu juga, seramai 136 nelayan darat di daerah ini menerima elaun sara hidup bagi bulan Julai dengan jumlah keseluruhan RM27,200.

Sementara itu, Mohd Johari yang ditemui menzahirkan rasa kagumnya kepada golongan nelayan yang disifatkan sebagai penyambung kerja orang-orang terdahulu.

“Mereka ini keluar mencari ikan dengan risiko yang pelbagai, di laut cara lain manakala di darat pula cara lain dan maut itu boleh berlaku di mana-mana, jadi bantuan ini antaranya adalah untuk melindungi mereka seperti pemberian jaket keselamatan.

“Biar pun mereka keluar mendapatkan hasil tangkapan tanpa tahu ia ada di mana namun ia tetap dilakukan demi mencari pendapatan, ini membuatkan saya rasa kagum,” katanya.




Demikianlah Artikel [ROMPIN] IKTIRAF PERANAN, JASA NELAYAN

Sekianlah artikel [ROMPIN] IKTIRAF PERANAN, JASA NELAYAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [ROMPIN] IKTIRAF PERANAN, JASA NELAYAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/08/rompin-iktiraf-peranan-jasa-nelayan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :