JANGAN MALU BELAJAR BACA, FAHAMI AL-QURAN

JANGAN MALU BELAJAR BACA, FAHAMI AL-QURAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JANGAN MALU BELAJAR BACA, FAHAMI AL-QURAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JANGAN MALU BELAJAR BACA, FAHAMI AL-QURAN
link : JANGAN MALU BELAJAR BACA, FAHAMI AL-QURAN

Baca juga


JANGAN MALU BELAJAR BACA, FAHAMI AL-QURAN


Jangan malu belajar baca, fahami al-Quran


Shah Alam - Pelakon terkenal yang juga duta kempen #QuranHour, Datuk Rosyam Nor mengajak umat Islam supaya tidak malu belajar membaca al-Quran dan memahami kandungannya kerana ia mampu memandu kehidupan manusia ke arah lebih baik.

Tahun lepas beliau turut berjalan kaki sejauh 47.2 kilometer dari Kompleks Karangkraf ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di UIAM bagi mempromosi program World #QuranHour.

“Tahun ini saya berhasrat melaksanakan inisiatif itu dalam skala yang lebih besar,” katanya, semalam.

Mengakui tidak pandai mengaji sehingga usia mencecah 42 tahun, tetapi hari ini beliau menjadikan kelemahan itu sebagai kekuatan sehingga mampu khatam al-Quran sebanyak tiga kali.

“Saya sedar betapa pentingnya kita tahu membaca al-Quran ketika arwah bapa saya meninggal dunia. Pada usia 42 tahun, saya tak tahu baca Yasin. Sejak itu saya belajar membaca al-Quran bermula dengan Iqra’.

“Suatu ketika anak-anak bergurau. Bertanya saya dah sampai Iqra’ berapa? Sehinggalah akhirnya saya pandai mengaji. Hari ini saya bangga, mampu ajar anak-anak mengaji,” katanya.

Rosyam berkata, program World #QuranHour adalah pencapaian besar kerana disiarkan secara langsung dan serentak di media utama seluruh dunia.

“Membaca al-Quran pada 9 Zulhijah, ia tidak akan terhenti di sini sahaja, tetapi seluruh dunia akan bermula serentak pada waktu sama iaitu jam 12 tengah hari. Jadi, bacaan al-Quran tak akan putus, sama seperti azan berkumandang,” katanya.

Katanya, dengan adanya gerakan bersama media tempatan, diharap dapat ubah manusia khususnya umat Islam menjadi insan yang lebih baik.




Demikianlah Artikel JANGAN MALU BELAJAR BACA, FAHAMI AL-QURAN

Sekianlah artikel JANGAN MALU BELAJAR BACA, FAHAMI AL-QURAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JANGAN MALU BELAJAR BACA, FAHAMI AL-QURAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/05/jangan-malu-belajar-baca-fahami-al-quran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :