Judul : SEBENARNYA RAFIZI BERJAYA RETAKKAN HUBUNGAN PAS/PKR
link : SEBENARNYA RAFIZI BERJAYA RETAKKAN HUBUNGAN PAS/PKR
SEBENARNYA RAFIZI BERJAYA RETAKKAN HUBUNGAN PAS/PKR
RAFIZI MUNGKIN MAKAN GAJI DENGAN
MANA-MANA JIN SUPAYA RETAKKAN HUBUNGAN PAS/PKR.
DARI AWAL PERANCANGANNYA MUNGKIN
UNTUK HURU HARAKAN PERHUBUNGAN PAS/PKR
DAN DIA BERJAYA.
Pak Karamu
Tuduhan berniat jahat, cuba jatuhkan Pas
Tuan Ibrahim turut menyampaikan anugerah sempena Muktamar Tahunan Pemuda Pas Kelantan, di sini, hari ini.
MACHANG - Tuduhan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengaitkan Pas dengan penerimaan wang daripada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini berniat jahat dan cuba menjatuhkan parti itu.
Bagaimanapun Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tidak menganggap tuduhan itu sebagai sesuatu yang serius kepada parti itu memandangkan Datuk Dr Nasharudin Mat Isa tidak bersama Pas sejak 2011 dan tidak terlibat dengan sebarang program parti.
"Sebab itu, kita melihat tuduhan itu sebagai usaha dan niat jahat untuk menjatuhkan Pas dan menganggapnya sebagai gangguan untuk melengah-lengahkan kejayaan Pas.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Sebelum saman saya, buat dulu akuan berkanun']
"Pas tiada kena mengena dan kita tidak terkesan kepada tuduhan tersebut. Kita akan fokus kepada perkara yang lebih penting dan bermanfaat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kelantan kali Ke-58 di Dewan Maahad Syamsul Maarif Lilbanat, Pulai Chondong, di sini.
Hadir sama pada muktamar tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.
Minggu lalu, Rafizi mendakwa bekas Timbalan Presiden Pas itu menerima dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pendedahan itu dibuat menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke, Khamis lalu.
Nasharudin dalam satu kenyataan semalam menafikan dakwaan Rafizi dan mahu mengambil tindakan perundangan ke atas Ahli Parlimen Pandan itu.
Demikianlah Artikel SEBENARNYA RAFIZI BERJAYA RETAKKAN HUBUNGAN PAS/PKR
Sekianlah artikel SEBENARNYA RAFIZI BERJAYA RETAKKAN HUBUNGAN PAS/PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SEBENARNYA RAFIZI BERJAYA RETAKKAN HUBUNGAN PAS/PKR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/sebenarnya-rafizi-berjaya-retakkan.html