700 PENDUDUK DAPAT BERAS

700 PENDUDUK DAPAT BERAS - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 700 PENDUDUK DAPAT BERAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 700 PENDUDUK DAPAT BERAS
link : 700 PENDUDUK DAPAT BERAS

Baca juga


700 PENDUDUK DAPAT BERAS


700 penduduk dapat beras


Alor Setar - Sumbangan sekampit beras seberat lima kilogram mungkin tidak dirasai kepada golongan berada, bagaimanapun ia amat bermakna kepada 700 penduduk di Jalan Tanjung Bendahara, di sini.

Menyedari hakikat itu, Abdul Ghani Haron, 61, atau terkenal dengan gelaran Cikgu Ghani memberi sumbangan beras melalui Projek Sedekah Cikgu Ghani dan Rakan-rakan Facebook (FB), semalam.

Menurut menantunya, Azman Abdul Malik, 31, berkata, sumbangan kira-kira 3.5 tan kampit beras ini dilakukan kali pertama untuk mereka yang memerlukan.

“Kawasan penduduk yang menerima sumbangan ini antaranya Limbong Kapal, Tanjung Seri, Kampung Chepoh, Alor Melong, Alor Mengkudu sehinggalah ke Selarong.

“Selain itu, Rumah Anak Yatim Perkim Alor Setar turut menerima sumbangan beras untuk kegunaan penghuni rumah kebajikan tersebut,” katanya.

Menurutnya, mereka menggunakan sistem kupon bagi mengelak penerima bantuan mendapat sumbangan beras tanpa berebut.

Katanya, projek sedekah itu merupakan usaha berterusan demi memastikan nasib golongan tidak berkemampuan terbela dan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup.

“Jikalau tiada aral, kami akan memberi sumbangan barangan keperluan asas kepada penduduk pada bulan Mei depan pula,” katanya yang telah melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan dilakukan bapa mertuanya sejak November 2016.

Sehingga April, sebanyak 15 tan barang keperluan seperti ayam, beras dan minyak masak dianggarkan bernilai lebih RM33,000 disumbangkan kepada orang ramai pada tahun ini.

Dalam tempoh dua tahun, pesara guru itu telah memberi sumbangan hampir RM2 juta melalui Projek Sedekah Cikgu Ghani dan Rakan-rakan FB kepada penduduk sekitar Kedah.

Penerima sumbangan, Patimah Hassa, 50, berkata, dia terharu menerima sumbangan sekampit beras dari projek berkenaan kerana ia sedikit sebanyak meringankan bebannya.

Katanya yang memiliki masalah di bahagian kaki, dia yang memiliki dua anak berusia 17 dan 20 tahun hanya bergantung kepada pendapatan sekitar RM450 sebulan sebagai tukang cuci.

"Selepas kematian arwah suami, saya perlu menampung kos pembelajaran dua anak dan membayar sewa rumah RM120 sebulan.

“Syukur, kerana sumbangan ini mampu menampung kekurangan yang ada, memandangkan mak cik hanya mampu menyara hidup dengan cara begini setelah terlibat kemalangan,” katanya.




Demikianlah Artikel 700 PENDUDUK DAPAT BERAS

Sekianlah artikel 700 PENDUDUK DAPAT BERAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 700 PENDUDUK DAPAT BERAS dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/700-penduduk-dapat-beras.html

Subscribe to receive free email updates: