JAS BELUM TERIMA LAPORAN EIA PEMAJU

JAS BELUM TERIMA LAPORAN EIA PEMAJU - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JAS BELUM TERIMA LAPORAN EIA PEMAJU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JAS BELUM TERIMA LAPORAN EIA PEMAJU
link : JAS BELUM TERIMA LAPORAN EIA PEMAJU

Baca juga


JAS BELUM TERIMA LAPORAN EIA PEMAJU

 WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR



KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga ini belum menerima laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dari pihak pemaju untuk kelulusan projek penambakan laut bagi pembinaan tiga pulau buatan di Pulau Pinang.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, projek yang bermula tanpa laporan EIA boleh diambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya terhadap pemaju projek.

"Selain itu, JAS boleh mengenakan perintah berhenti kerja atau perintah larangan bagi projek yang belum mendapatkan kelulusan EIA, ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat kelulusan EIA atau yang menyebabkan pencemaran yang serius," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) yang ingin tahu pendirian kerajaan terhadap cadangan penambakan laut bagi pembinaan tiga pulau buatan di Pulau Pinang yang dikhuatiri menjejaskan ekosistem serta sumber pendapatan nelayan setempat.

Menurut laporan media, projek tambakan laut berkenaan meliputi kawasan seluas 809.73 hektar di Permatang Damar Laut bagi membentuk tiga pulau buatan.

Wan Junaidi berkata, pemaju projek dikehendaki menyediakan laporan EIA dengan menjalankan kajian impak ke atas isu-isu kritikal antara lainnya impak kepada kualiti air, hidraulik, ekosistem dan sosio ekonomi nelayan setempat.

"Laporan EIA tersebut juga hendaklah mengandungi antara lainnya cadangan langkah-langkah kawalan, pelan pengurusan alam sekitar, pematuhan kendiri, dan jadual aktiviti perlaksanaan projek di semua peringkat pembangunan projek tersebut," katanya.

Bagaimanapun, katanya, JAS telah menerima bidang rujukan (Terms of Reference) laporan EIA bagi cadangan projek itu yang disediakan jururunding EIA yang berdaftar dengan JAS, Dr Nik & Associates Sdn Bhd (DNA) bagi pihak pemaju projek, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan SRS Consortium Sdn Bhd, pada 11 Februari 2016 dan diluluskan pada 23 Mei tahun sama.

Sementara itu dalam jawapan lisan soalan Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) yang mahu tahu samada kerajaan merancang mengenal pasti kawasan sensitif, mewujudkan lintasan kehidupan liar dan memperbanyakkan peringatan kawasan lintasan hidupan liar, Wan Junaidi berkata perkara itu sememangnya berada dalam perancangan.

Katanya, Jabatan Perhilitan telah mengenal pasti 133 kawasan sensitif yang boleh berlaku kemalangan membabitkan kenderaan dan hidupan liar di Semenanjung Malaysia dan antara usaha bagi mengelakkan kejadian kemalangan ini termasuk membina lintasan hidupan liar.

"Sehingga 2015, sebanyak tiga lokasi telah dibina lintasan hidupan liar iaitu di Sungai Deka, Terengganu (tahun 2009), Sungai Yu, Pahang (tahun 2014) dan Gerik, Perak (tahun 2015) manakala sebuah lagi lintasan hidupan liar akan dibina di Jalan Kluang-Mersing, Johor kelak.

"Selain 236 papan tanda lintasan hidupan liar sedia ada, sebanyak 213 lagi akan dipasang di bawah RMK-11 (Rancangan Malaysia Ke-11) seluruh negara," katanya






Demikianlah Artikel JAS BELUM TERIMA LAPORAN EIA PEMAJU

Sekianlah artikel JAS BELUM TERIMA LAPORAN EIA PEMAJU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JAS BELUM TERIMA LAPORAN EIA PEMAJU dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/04/jas-belum-terima-laporan-eia-pemaju.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :