PAHANG BINA LOJI RAWATAN EFLUEN KILANG SAWIT, RAWAT AIR YANG PERTAMA DIDUNIA.

PAHANG BINA LOJI RAWATAN EFLUEN KILANG SAWIT, RAWAT AIR YANG PERTAMA DIDUNIA. - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAHANG BINA LOJI RAWATAN EFLUEN KILANG SAWIT, RAWAT AIR YANG PERTAMA DIDUNIA., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAHANG BINA LOJI RAWATAN EFLUEN KILANG SAWIT, RAWAT AIR YANG PERTAMA DIDUNIA.
link : PAHANG BINA LOJI RAWATAN EFLUEN KILANG SAWIT, RAWAT AIR YANG PERTAMA DIDUNIA.

Baca juga


PAHANG BINA LOJI RAWATAN EFLUEN KILANG SAWIT, RAWAT AIR YANG PERTAMA DIDUNIA.







Kerajaan Negeri Pahang mencipta sejarah baru negara apabila telah membina sebuah Loji Rawatan Efluen IHI Kilang Sawit, Dominion Square Sdn. Bhd yang menggunakan teknologi terkini dan dibangunkan oleh syarikat IHI Corporation dari Jepun di Lebuhraya Tun Razak, Gambang.

Loji rawatan efluen yang digelar sebagai ‘Super Mesra Alam' dibina di atas tapak berkeluasan 40 meter X 30 meter merupakan satu-satunya loji yang boleh merawat efluen atau sisa, sehingga ke tahap paling minimum dengan nilai ‘Biological Oxygen Demand’ (B.O.D) yang dilepaskan ke alur air ialah 20 part per million (p.p.m) dan ke bawah.

Sebagai rujukan, tahap yang dibenarkan oleh undang-undang negara dan masih dikira selamat serta bersih selama ini ialah kira-kira 100 part per million (p.p.m) maka teknologi di loji ini ialah kira-kira lima (5) kali ganda lebih selamat serta bersih daripada apa yang dibenarkan.

Majlis perasmian loji ini disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam ucapannya, Menteri Besar Pahang mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat, kerana berjaya membina satu loji yang dapat membersihkan air ke tahap yang sangat bersih secara berterusan dan stabil.

“ Ini sudah pastinya dapat menyumbang kepada kebaikan alam sekitar dan memberi imej yang baik kepada industri sawit Malaysia. Saya harap usaha baik ini tidak terhenti di sini sahaja, malah berterusan dan dicontohi oleh rakan-rakan industri yang lain", katanya.

“ Saya juga berasa bangga kerana daripada sebanyak 450 kilang sawit di negara ini, Kilang Sawit Dominion Square Sdn Bhd yang dimiliki oleh L.K.P.P Corporation Sdn Bhd telah dipilih untuk menjadi tapak bagi pembinaan loji ini yang sekaligus menjadikan kilang sawit Dominion Square Sdn Bhd ini sebagai kilang sawit pertama di dunia yang dilengkapi dengan sistem rawatan efluen atau sisa berteknologi tinggi yang benar-benar mesra-alam", tambahnya.

Sebagai latar belakangnya, projek pembinaan loji ini merupakan kerjasama tiga (3) pihak iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (M.P.O.B), I.H.I Corporation dan Dominion Square Sdn Bhd.

Tahniah kepada semua pihak termasuk LKPP Corporation dan Perbandanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) kerana berjaya membina sebuah loji beryeknologi tinggi yang dapat membersihkan air ke tahap yang sangat bersih dan yang pertama dalam negara malah mungkin didunia.




Demikianlah Artikel PAHANG BINA LOJI RAWATAN EFLUEN KILANG SAWIT, RAWAT AIR YANG PERTAMA DIDUNIA.

Sekianlah artikel PAHANG BINA LOJI RAWATAN EFLUEN KILANG SAWIT, RAWAT AIR YANG PERTAMA DIDUNIA. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAHANG BINA LOJI RAWATAN EFLUEN KILANG SAWIT, RAWAT AIR YANG PERTAMA DIDUNIA. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/10/pahang-bina-loji-rawatan-efluen-kilang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :