PENYAMUN, PENCURI DAN PENGKHIANAT TAK PAYAHLAH BERTANDING, BUAT MENYEMAK JE !

PENYAMUN, PENCURI DAN PENGKHIANAT TAK PAYAHLAH BERTANDING, BUAT MENYEMAK JE ! - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PENYAMUN, PENCURI DAN PENGKHIANAT TAK PAYAHLAH BERTANDING, BUAT MENYEMAK JE !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PENYAMUN, PENCURI DAN PENGKHIANAT TAK PAYAHLAH BERTANDING, BUAT MENYEMAK JE !
link : PENYAMUN, PENCURI DAN PENGKHIANAT TAK PAYAHLAH BERTANDING, BUAT MENYEMAK JE !

Baca juga


PENYAMUN, PENCURI DAN PENGKHIANAT TAK PAYAHLAH BERTANDING, BUAT MENYEMAK JE !

Bukan Pas cipta tiga penjuru
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

GOMBAK - Pas tidak pernah mencipta tiga penjuru dalam pilihan raya, demikian menurut Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan.

Beliau berkata demikian berhubung pertandingan tiga penjuru yang dijangka berlaku antara BN, Pas dan juga Pakatan Harapan untuk PRU14.

Menurutnya, dengan kewujudan Amanah serta parti baharu iaitu Bersatu, kedua-dua parti ini jelas menunjukkan minat untuk bertanding, terutamanya di kawasan Pas.

“Contohnya, Pas lawan Umno di Kelantan. Amanah juga isytiharkan akan bertanding di semua kerusi Pas di Kelantan.

“Kalau mereka nak jadikan pembangkang ini satu lawan satu, mereka seharusnya mencari cari kerusi lain, bukan ambil kerusi kita. Pas tidak cipta pertandingan tiga penjuru,” katanya.

Katanya, Pakatan Harapan perlu membuat pembahagian kerusi antara parti mereka, tetapi jangan ambil kerusi Pas.

Menurutnya, sejak awal kewujudan Pas, pertandingan hanyalah pertembungan satu lawan satu dengan BN sahaja.

“Sejak Pas menyertai pilihan raya sekitar tahun 1951, kita hanya lawan Umno. Adakala panas, adakala sejuk, ikut musim ketika itulah.

“Dari situ wujud pertembungan sihat di mana kerajaan dan pembangkang berlawan satu lawan satu, cuma itu dahulu,” katanya.

Katanya, kerusi Parlimen ada 222 dan Pas cuma bertanding kurang 80 kerusi.
“Kalau kami nak bertanding lebih pun, mungkin 90 kerusi sahaja, tak sampai separuh pun. Selebihnya, parti lain boleh ambil.

“Sasaran Pas juga lebih kepada kawasan Melayu Islam. Kita tahu, perkiraan politik ni kalau kawasan tak sesuai seperti Sabah, Sarawak, wang deposit pun tak akan dapat balik. Jadi, kita pun tak mahulah deposit hangus,” ujarnya.

Beliau menambah, untuk berhadapan PRU14, Pas tidak akan mudah memberi kerusi kepada mana-mana parti begitu sahaja.

“Kita mengambil kira beberapa faktor seperti perkiraan politik, kemudian keuntungan dasar perjuangan parti dan ketiga desakan ahli parti.

“Mereka (ahli) bekerja untuk memastikan Pas menang, tiba-tiba ada parti lain nak ambil mudah sahaja, mana boleh macam tu,” katanya.

Nasrudin turut berharap pembahagian kerusi diberikan mengikut kekuatan parti bukannya berbentuk rampasan.

“Kalau cawangan dan akar umbi pun tak ada, hanya mahukan kerusi serta gunakan jentera Pas untuk menang, tak boleh jadi macam tu.

“Kemudian bila dah menang, buat onar pulak, lagilah tak boleh. Ia tidak selari dengan dasar perjuangan parti.

“Nampak seperti bekerjasama, tetapi dari satu sudut, mereka menyerang sesama kita. Ia (pemberian kerusi) tidak akan jadi realiti,” katanya.


Demikianlah Artikel PENYAMUN, PENCURI DAN PENGKHIANAT TAK PAYAHLAH BERTANDING, BUAT MENYEMAK JE !

Sekianlah artikel PENYAMUN, PENCURI DAN PENGKHIANAT TAK PAYAHLAH BERTANDING, BUAT MENYEMAK JE ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PENYAMUN, PENCURI DAN PENGKHIANAT TAK PAYAHLAH BERTANDING, BUAT MENYEMAK JE ! dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/penyamun-pencuri-dan-pengkhianat-tak.html

Subscribe to receive free email updates: