Judul : BENDA YANG BAIK MEMANG BANYAK HALANGAN, TERMASUK YANG FAHAM AGAMA
link : BENDA YANG BAIK MEMANG BANYAK HALANGAN, TERMASUK YANG FAHAM AGAMA
BENDA YANG BAIK MEMANG BANYAK HALANGAN, TERMASUK YANG FAHAM AGAMA
RUU355: Pas tak takut jika BN buat pusingan U
GOMBAK – Pas tidak gentar jika BN mengambil pendekatan membuat pusingan-u berkaitan pindaan Rang Undang-Undang 355 (RUU355) pada pembentangan seterusnya dalam sidang Dewan Rakyat Mac depan.
Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan berkata, partinya tidak akan rugi apa-apa jika BN mengambil pendekatan sedemikian.
Menurutnya, perkara ini akan terus menjadi agenda Pas untuk melaksanakan RUU355 biarpun akan terus mengambil masa yang lama.
“Bukan sahaja BN, malah mana-mana pihak nak pertikai dan mempersoal perkara ini di pertengahan jalan nanti, apa yang boleh Pas buat?
“Kita akan terus memberi penerangan mengenai perkara ini. Bukan sahaja orang awam, malah kepada semua ahli Parlimen juga. Pas tidak akan berhenti berusaha. Bukan Pas yang cipta undang-undang ini, tetapi ia adalah undang-undang ALLAH SWT,” katanya dalam temu ramah eksklusif.
Beliau berkata, tiada istilah ralat buat Pas jika RUU355 tidak dipersetujui pada masa ini.
“Pas sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku,” katanya.
Jelasnya lagi, peranan Pas akan terus memberi kefahaman kepada sesiapa sahaja sehingga mereka memahami apa sebenarnya RUU355.
“Saya tahu ada yang masih tidak faham lalu menolaknya. Mengikut fahamam mereka, pelaksanaan ini nanti sebenarnya adalah jalan belakang untuk Pas buat hudud pula.
“Sedangkan ia tidak langsung berlaku. Kita dah bawa (RUU 355) ikut jalan depan. Bentang dalam Parlimen dan bincang kepada umum.
“Tidak timbul isu nak seludup undang-undang Islam secara senyap,” ujarnya.
Diminta mengulas mengenai masih wujud beberapa ahli Parlimen yang mempertikaikan pelaksanaan RUU355 dengan pandangan undang-undang berkaitan Islam perlulah mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-raja, Nasruddin berkata, perkara itu tidak timbul.
“Ada dua isu dibangkitkan di sini. Satu pindaan dan kedua majlis Raja-raja. Saya ingin tekankan, kedua-duanya tidak bercanggah langsung dengan perlembagaan mahupun peringkat majlis Raja-raja.
“Akta ini pernah digubal kali pertama pada tahun 1965 dan kali kedua pada 1984. Jadi untuk kali ketiga, kami bentang di Parlimen pada tahun 2016. Tempat menggubal akta adalah di Parlimen dengan majoriti tertentu.
“Ada yang perlukan majoriti dua pertiga, ada yang perlukan majoriti mudah. Jadi apabila kita memindanya di Parlimen, maknanya kita telah mengikuti lunas perlembagaan negara,” katanya.
Beliau menambah, selepas akta ini diluluskan, barulah Majlis Raja-raja berperanan di mana ia akan dibawa ke negeri masing-masing.
“Pas sedang buat untuk akta induk. Selepas itu ia akan dibawa ke negeri-negeri. Dewan Undangan Negeri yang diketuai Majlis Raja-raja pula akan bertindak. Sama seperti Akta 365, ada negeri yang ikut, ada yang sebaliknya.
“Saya anggap mereka sengaja nak timbulkan kekeliruan dan menakutkan orang ramai. Apa yang Pas buat ini mengikut lunas yang betul,” jelasnya.
Dalam pada itu, Pas turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan yang setakat ini sudah memberi sokongan terhadap RUU355.
“Yang lama biarlah berlalu. Terima kasih kepada kerajaan hari ini serta banyak pihak yang terus menyokong usaha untuk terus menegakkan syiar Islam,” katanya.
Demikianlah Artikel BENDA YANG BAIK MEMANG BANYAK HALANGAN, TERMASUK YANG FAHAM AGAMA
Sekianlah artikel BENDA YANG BAIK MEMANG BANYAK HALANGAN, TERMASUK YANG FAHAM AGAMA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BENDA YANG BAIK MEMANG BANYAK HALANGAN, TERMASUK YANG FAHAM AGAMA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/02/benda-yang-baik-memang-banyak-halangan.html