Judul : PAS duri dalam daging rundingan kerusi HARAPAN S'gor. Betul ka ?
link : PAS duri dalam daging rundingan kerusi HARAPAN S'gor. Betul ka ?
PAS duri dalam daging rundingan kerusi HARAPAN S'gor. Betul ka ?
Beberapa pemimpin HARAPAN Selangor mendedahkan bahawa kerana ini, mereka tidak dapat memulakan rundingan agihan kerusi secara rasmi untuk pilihan raya akan datang walaupun negeri-negeri lain sudah mencapai kemajuan.
Selain faktor PAS, satu lagi halangan adalah mengenai tuntutan PKR Selangor untuk mendapat agihan kerusi paling besar di Selangor di kalangan empat parti dalam gabungan itu, kata pemimpin yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Kedua-dua, Ketua BERSATU Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari dan Ketua AMANAH Selangor, Izham Hashim, ketika dihubungi, berkata mereka mungkin terpaksa merujuk perkara tersebut kepada kepimpinan pusat jika ia tidak dapat diselesaikan.
"Majlis Presiden HARAPAN telah memberikan semua negeri sehingga 31 Januari ini untuk menyelesaikan rundingan kerusi negeri. Beberapa mesyuarat telah diadakan di kalangan pihak HARAPAN di Selangor dan saya bersetuju bahawa sudah ada formula yang munasabah.

"Pada kedua-dua mesyuarat itu, wakil Pengerusi HARAPAN Selangor, Azmin Ali memberitahu kami bahawa PKR sedang berunding dengan PAS dan memaklumkan bahawa beberapa ADUN PAS akan bersama kita," katanya.
"Tetapi pendirian ketiga-tiga parti HARAPAN cukup jelas, kami menolak parti ketiga (PAS) dalam rundingan kerusi," katanya.
Sebelum ini, The Malaysian Insight yang memetik sumber melaporkan bahawa sekurang-kurangnya empat wakil rakyat PAS di Selangor mungkin menyertai HARAPAN.
Pada konvensyen kebangsaan pada 7 Januari lalu, HARAPAN mengumumkan bahawa BERSATU akan bertanding 52 daripada 165 kerusi parlimen di semenanjung.

Pakatan Rakyat yang ketika itu, termasuk PAS memenangi 44 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya 2013 - 15 setiap satu oleh DAP dan PAS dan 14 oleh PKR.BN memenangi 12 kerusi manakala terdapat dua ADUN Bebas.
PAS sejak itu telah meninggalkan gabungan pembangkang dan kini dilihat sebagai mesra BN.
Malaysiakini
Demikianlah Artikel PAS duri dalam daging rundingan kerusi HARAPAN S'gor. Betul ka ?
Sekianlah artikel PAS duri dalam daging rundingan kerusi HARAPAN S'gor. Betul ka ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS duri dalam daging rundingan kerusi HARAPAN S'gor. Betul ka ? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/pas-duri-dalam-daging-rundingan-kerusi.html