Judul : VIDEO Limpahan Air di Cameron Highland BENAR, Exco NAFIKAN itu BEBAL
link : VIDEO Limpahan Air di Cameron Highland BENAR, Exco NAFIKAN itu BEBAL
VIDEO Limpahan Air di Cameron Highland BENAR, Exco NAFIKAN itu BEBAL
Berikut video yang dimaksudkan.
Video ini sebenarnya dirakamkan oleh Nazrul Aznan Mohd Kadri. Dia bersama ahli keluarganya merakamkan kejadian tersebut ketika bercuti ke Cameron Highlands pada baru-baru ini.
Menurut Nazrul, video ini dia rakamkan dari Jalan Simpang Pulai menuju ke Cameron Highlands dan merupakan rakaman yang baru dirakam. Ketika kejadian, Nazrul terpaksa menunggu lebih kurang antara 10 hingga ke 15 minit sebelum bertindak melanggar arus dan meneruskan perjalanan ke arah Cameron Highlands.
Susulan dari penyebaran video tersebut, beberapa pihak tampil memberikan respon. Malahan ia turut dilaporkan secara berleluasa di portal berita.
Namun apa yang dilaporkan adalah berbeza dari apa yang dilalui olehNazrul dan pemandu-pemandu lain yang mengalami situasi cemas itu.
Menurut laporan Harian Metro, dengan memetik kenyataan EXCO negeri dan JKR, video yang dirakamkan oleh Nazrul dikatakan ialah video lama.
"Tidak wujud kejadian itu" - Exco Datuk Zainol Paharuddin.
Nazrul kemudiannya bersama beberapa pihak lain yang menyebarkan video berkenaan akhirnya dianggap menyebarkan penipuan dan fitnah bagi memburukkan imej kerajaan negeri dan Cameron Highlands.
Tidak hanya itu, Nazrul dan pihak-pihak yang menyebarkan juga dianggap sedang menyebarkan amaran palsu bagi menakut-nakutkan pengguna jalanraya agar tidak berkunjung ke Cameron Highlands terutamanya menggunakan Jalan Simpang Pulai.
"Exco bebal!, pemimpin Malaysia elok bom sahaja rakyat" - Nazrul
Namun akhirnya pihak JKR dan EXCO tersebut kantoi sendiri apabila lebih ramai saksi kejadian tampil menyatakan kebenaran. Mereka menulis di laman sosial dan ini memaksa Harian Metro terpaksa memadamkan berita tentang penafian EXCO dan JKR berkenaan video tersebut.
BERITA DIPADAMKAN!
Ya, berita dipadamkan.
Ketika ini tiada kenyataan baru dari Exco dan JKR yang mengulas mengenai penafian terburu-buru mereka tentang video limpahan air tersebut.
Untuk rekod, The Star pada semalam melaporkan 13 keluarga terpaksa dipindahkan dalam siri kejadian tanah runtuh terbaru yang berlaku di Cameron Highlands.
Cameron Highlands dan kawasan sekitarnya kerap berlakunya kejadian tanah runtuh dan sehingga kini belum ada penyelesaian konkrit yang dilakukan oleh kerajaan bagi membendung insiden tersebut meskipun telah berlaku beberapa kematian samada melibatkan warga tempatan mahupun warga asing.
Jurucakap SAR melaporkan kepada media bahawanya mereka menerima panggilan kecemasan pada 3.11 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa.
Kejadian tersebut merosakkan sebuah banglo dan 13 keluarga yang berada di kawasan berdekatan diarahkan berpindah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini - Sozcyili.
Demikianlah Artikel VIDEO Limpahan Air di Cameron Highland BENAR, Exco NAFIKAN itu BEBAL
Sekianlah artikel VIDEO Limpahan Air di Cameron Highland BENAR, Exco NAFIKAN itu BEBAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel VIDEO Limpahan Air di Cameron Highland BENAR, Exco NAFIKAN itu BEBAL dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/video-limpahan-air-di-cameron-highland.html