UNDANG-UNDANG BAHARU LINDUNGI KANAK-KANAK

UNDANG-UNDANG BAHARU LINDUNGI KANAK-KANAK - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UNDANG-UNDANG BAHARU LINDUNGI KANAK-KANAK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UNDANG-UNDANG BAHARU LINDUNGI KANAK-KANAK
link : UNDANG-UNDANG BAHARU LINDUNGI KANAK-KANAK

Baca juga


UNDANG-UNDANG BAHARU LINDUNGI KANAK-KANAK



KUALA LUMPUR: Undang-undang baharu merangkumi pelbagai kesalahan jenayah 'persediaan seksual' dan pornografi kanak-kanak akan dibentangkan pada sesi Parlimen bulan ini, kata Datuk Seri Najib Razak. 

Perdana Menteri berkata, kewujudan undang-undang baharu itu adalah selaras hasrat kerajaan untuk menyertai Konvensyen Mengenai Jenayah Siber yang menetapkan pornografi kanak-kanak sebagai satu kesalahan. 

"Oleh itu, saya berharap semua Ahli Parlimen akan menyokong Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 ini, tanpa mengira fahaman politik masing-masing. 

"Usaha ini perlu dilaksanakan bagi melindungi masa depan generasi pelapis dan memberi mesej lantang bahawa jenayah seksual kanak-kanak adalah kesalahan besar," katanya pada ucaptama merasmikan Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan!!, di sini sebentar tadi. 

Yang turut hadir, Presiden Indonesia Kelima, Megawati Soekarnoputri; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Penaung Program Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor. 

Najib berkata, kerajaan turut bercadang untuk mewujudkan Mahkamah Jenayah khas bagi mengendalikan prosiding jenayah seksual kanak-kanak yang menjadi mangsa pelaku kegiatan tidak bermoral. 

"Perlu difahami bahawa Mahkamah Jenayah Khas ini berbeza dengan Mahkamah Kanak-Kanak sedia ada yang hanya mengendalikan kes di mana pelaku jenayah adalah kanak-kanak. 

"Kewujudan Mahkamah Jenayah khas ini akan membantu melindungi kanak-kanak secara holistik, sekali gus mempercepat dan melancarkan prosiding serta perbicaraan kes membabitkan golongan ini," katanya.







Demikianlah Artikel UNDANG-UNDANG BAHARU LINDUNGI KANAK-KANAK

Sekianlah artikel UNDANG-UNDANG BAHARU LINDUNGI KANAK-KANAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UNDANG-UNDANG BAHARU LINDUNGI KANAK-KANAK dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/03/undang-undang-baharu-lindungi-kanak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :