[UMNO FAHAM TAK NI?] Sultan Perak BIMBANG RASUAH, PECAH AMANAH semakin berleluasa

[UMNO FAHAM TAK NI?] Sultan Perak BIMBANG RASUAH, PECAH AMANAH semakin berleluasa - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [UMNO FAHAM TAK NI?] Sultan Perak BIMBANG RASUAH, PECAH AMANAH semakin berleluasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [UMNO FAHAM TAK NI?] Sultan Perak BIMBANG RASUAH, PECAH AMANAH semakin berleluasa
link : [UMNO FAHAM TAK NI?] Sultan Perak BIMBANG RASUAH, PECAH AMANAH semakin berleluasa

Baca juga


[UMNO FAHAM TAK NI?] Sultan Perak BIMBANG RASUAH, PECAH AMANAH semakin berleluasa


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini melahirkan kebimbangan dengan gejala rasuah dan pecah amanah yang dilakukan secara terbuka oleh golongan berjawatan dan berpendidikan tinggi.
Baginda bertitah berdasarkan laporan media, perlakuan rasuah dan pecah amanah kini bukan sahaja berlaku secara berleluasa, malah pada skala yang sangat besar.
Titah Sultan Nazrin sejarah menunjukkan perbuatan pecah amanah dan rasuah, penggunaan kuasa secara rakus oleh manusia adalah faktor menyebabkan kejatuhan banyak kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun.
"Dalam sejarah kerajaan Islam, ramai kalangan pemimpin Bani Umaiyah dan Bani Abas lupa kepada amanah Ilahi kerana terlalu asyik menikmati kemewahan dunia, lalu sanggup menggunakan kekayaan untuk mengekalkan kuasa.
"Apabila kuasa dianggap satu peluang memenuhi kepentingan diri dan bukan satu amanah, maka rosaklah tataurusan pemerintahan yang akhirnya berkesudahan dengan kejatuhan sesebuah kerajaan dan keruntuhan sesuatu tamadun," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada majlis sambutan Maulidur Rasul 1438H peringkat negeri yang disertai kira-kira 2,000 orang.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Baginda bertitah harta yang diperoleh dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak merupakan satu bentuk penganiayaan dan kezaliman terhadap orang yang berhak.
"Begitu juga apabila seseorang menguasai harta orang lain dengan cara mengupah saksi-saksi palsu atau memberi suapan kepada hakim dengan tujuan keputusan memihak kepadanya dan harta-harta itu jatuh ke tangannya," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah dalam menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul, umat Islam perlu menjadikan sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dan pegangan terutama dalam usaha mencari formula menangani situasi semasa.
"Janganlah kita mengizinkan diri untuk kembali ke era kejahilan setelah disinarkan dengan petunjuk dan hidayah.
"Semoga dengan mendalami sejarah dan perjalanan hidup Rasulullah, ummah akan memiliki kekuatan untuk memupuk akhlak al-Amin, agar umat Islam menjadi umat yang paling beramanah," titah Sultan Nazrin.
- Bernama


Demikianlah Artikel [UMNO FAHAM TAK NI?] Sultan Perak BIMBANG RASUAH, PECAH AMANAH semakin berleluasa

Sekianlah artikel [UMNO FAHAM TAK NI?] Sultan Perak BIMBANG RASUAH, PECAH AMANAH semakin berleluasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [UMNO FAHAM TAK NI?] Sultan Perak BIMBANG RASUAH, PECAH AMANAH semakin berleluasa dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/umno-faham-tak-ni-sultan-perak-bimbang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :