Shafie yakin 4 NEGERI LAGI akan ditawan pembangkang pada PRU14 - Kedah, Terengganu, Johor, Sabah

Shafie yakin 4 NEGERI LAGI akan ditawan pembangkang pada PRU14 - Kedah, Terengganu, Johor, Sabah - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shafie yakin 4 NEGERI LAGI akan ditawan pembangkang pada PRU14 - Kedah, Terengganu, Johor, Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shafie yakin 4 NEGERI LAGI akan ditawan pembangkang pada PRU14 - Kedah, Terengganu, Johor, Sabah
link : Shafie yakin 4 NEGERI LAGI akan ditawan pembangkang pada PRU14 - Kedah, Terengganu, Johor, Sabah

Baca juga


Shafie yakin 4 NEGERI LAGI akan ditawan pembangkang pada PRU14 - Kedah, Terengganu, Johor, Sabah

Datuk Seri Shafie Apdal yakin Kedah, Terengganu, Johor dan Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana Barisan Nasional (BN) dilihat berdepan masalah selepas kehilangan beberapa pemimpin berpengaruh.
“BN akan berdepan masalah dalam pilihan raya umum akan datang. Ini juga dilihat berdasarkan sokongan orang ramai pada pilihan raya lalu yang menunjukkan 52% mengundi pembangkang.
Dalam jangkaan saya Kedah, Terengganu akan hilang kepada pembangkang. Johor juga akan hilang banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang, manakala Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor akan kekal.
Sabah pula kita akan rampas. Ini kerana yang menentukan kerajaan di Sabah bukan Najib, tetapi rakyat di Sabah,” kata presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu dalam sebuah program di Kampung Kukut, Beaufort, Sabtu lalu.
Shafie menubuhkan Warisan pada 17 Oktober lalu untuk menyatupadukan semua kaum di Sabah dan berjanji akan melakukan perubahan besar di negeri itu jika Warisan dipilih rakyat Sabah pada PRU14.
Ahli Parlimen Semporna itu turut mendakwa Sabah jauh lebih ketinggalan daripada negeri lain disebabkan hasilnya diagihkan kepada negeri lain.
“Melaka dilihat jauh lebih membangun daripada Sabah. 95% kekayaan di Sabah diagihkan kepada 13 negeri lain.
“Jadi, kita tuntut hasil di Sabah diberikan kepada negeri kita seperti mengikut perjanjian di Malaysia.”
Sementara itu, Shafie menafikan beliau menjalin kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya hubungan baik mereka sekadar tanda hormat kepada bekas perdana menteri itu.
“Ada orang tuduh saya bersekongkol dengan Dr Mahathir. Jual gambar saya cium tangan Dr Mahathir. Cium tangan saya hormat dengan semua orang tua. Ini adat saya.
“Tidak bererti saya ikut Dr Mahathir. Kalau saya ikut Dr Mahathir, saya sudah dipelawa menjadi timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Tetapi saya tidak mahu, pasal apa, saya mahu berjuang untuk Sabah. Kalau Sabah, kita boleh tentukan arah ke mana negeri kita akan pergi,” katanya.
Pada 4 Julai lalu, bekas naib presiden Umno itu mengumumkan keluar parti selepas keahliannya digantung pada 24 Jun kerana dituduh bersekongkol dengan pembangkang.
Shafie bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada Kabinet tahun lalu, selepas mereka mempersoalkan hutang ditanggung 1MDB. - FMT


Demikianlah Artikel Shafie yakin 4 NEGERI LAGI akan ditawan pembangkang pada PRU14 - Kedah, Terengganu, Johor, Sabah

Sekianlah artikel Shafie yakin 4 NEGERI LAGI akan ditawan pembangkang pada PRU14 - Kedah, Terengganu, Johor, Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shafie yakin 4 NEGERI LAGI akan ditawan pembangkang pada PRU14 - Kedah, Terengganu, Johor, Sabah dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/shafie-yakin-4-negeri-lagi-akan-ditawan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :