Judul : Isu serah kerusi kepada BERSATU tak timbul - DAP
link : Isu serah kerusi kepada BERSATU tak timbul - DAP
Isu serah kerusi kepada BERSATU tak timbul - DAP
19/12/16
DAP tidak mempunyai sebarang isu dengan keputusan PKR untuk menyerahkan beberapa kerusi tertentu kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, terpulang kepada PKR untuk memutuskannya memandangkan kerusi berkenaan milik parti itu.
"Terpulang kepada PKR untuk memutuskan apa yang mereka mahu lakukan dengan kerusi (mereka)," katanya kepada Malaysiakini.
"Isu DAP menyerahkan kerusi kepada BERSATU tidak timbul,” katanya.
DAP lazimnya bertanding di kawasan majoriti Cina atau kerusi campuran yang juga ditandingi oleh parti-parti bukan Melayu dalam BN iaitu Gerakan, MCA atau MIC.
Kekuatan BERSATU dipercayai terletak di Kedah memanadangkan pengerusi parti itu yang juga adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan anaknya Datuk Seri Mukhriz, yang juga adalah bekas menteri besar berasal dari negeri berkenaan.
BERSATU juga dipercayai mampu merampas beberapa kerusi di Johor berdasarkan sokongan kepada presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga adalah timbalan perdana menteri sebelum diipecat oleh Najib dan disingkirkan dari Umno.
Lim mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkata parti itu tidak mempunyai masalah untuk menyerahkan beberapa kerusi miliknya kepada BERSATU untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.
Spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan parlimen pada bulan Mac atau April tahun depan, walaupun beberapa laporan memetik beliau sebagai tidak memihak kepada ia.
Demikianlah Artikel Isu serah kerusi kepada BERSATU tak timbul - DAP
Sekianlah artikel Isu serah kerusi kepada BERSATU tak timbul - DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu serah kerusi kepada BERSATU tak timbul - DAP dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/isu-serah-kerusi-kepada-bersatu-tak.html