Judul : 12 TERBUNUH DAN 48 CEDERA KEJADIAN LANGGAR DI BERLIN
link : 12 TERBUNUH DAN 48 CEDERA KEJADIAN LANGGAR DI BERLIN
12 TERBUNUH DAN 48 CEDERA KEJADIAN LANGGAR DI BERLIN
Trak yang dilaporkan terlibat dalam kejadian.
Kawasan kejadian.
Satu kejadian rempuhan trak terhadap orang awam dilaporkan berlaku di 'Christmas Market, Berlin' pagi tadi pada seperti dilaporkan oleh Portal Berita CNN pada 0203 GMT. Kejadian itu mengakibatkan 12 orang terbunuh dan 48 lagi cedera parah. Pasar Krismas tradisional adalah destinasi popular di seluruh Jerman menjelang perayaan itu hujung bulan ini.
Menurut portal berkenaan, trak itu dirampas dan digunakan sebagai senjata keganasan oleh individu atau kumpulan tertentu. Media tempatan melaporkan pemandu trak berkenaan telah ditahan bagaimanapun pihak berkuasa tidak dapat memastikan bahawa ianya adalah pemandu trak berkenaan.
Kejadian itu mengingatkan kita kembali kepada kejadian sama yang berlaku di Nice, Perancis pada 15 Julai lalu yang meragut 84 nyawa termasuk kanak-kanak dan mencederakan kira-kira 100 orang dengan 18 orang dilaporkan parah. Demikian menurut portal Daily Mail.
Ada pihak yang mendakwa kejadian ini ada kaitan dengan puak-puak Jihad di Perancis, bagaimanapun tiada dapat dipastikan bahawa pemandu trak berkenaan ada kaitan dengan kumpulan ISIS atau kumpulan perjuangan Islan yang lain.
Demikianlah Artikel 12 TERBUNUH DAN 48 CEDERA KEJADIAN LANGGAR DI BERLIN
Sekianlah artikel 12 TERBUNUH DAN 48 CEDERA KEJADIAN LANGGAR DI BERLIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 12 TERBUNUH DAN 48 CEDERA KEJADIAN LANGGAR DI BERLIN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/12/12-terbunuh-dan-48-cedera-kejadian.html