Judul : [Video Ameno Tersentap & Makan Dalam] Imam Masjidil Aqsa puji kepimpinan Guan Eng & Tazkirah Mukhriz Mahathir! Kisah pemimpin yang kejam.
link : [Video Ameno Tersentap & Makan Dalam] Imam Masjidil Aqsa puji kepimpinan Guan Eng & Tazkirah Mukhriz Mahathir! Kisah pemimpin yang kejam.
[Video Ameno Tersentap & Makan Dalam] Imam Masjidil Aqsa puji kepimpinan Guan Eng & Tazkirah Mukhriz Mahathir! Kisah pemimpin yang kejam.
Rabu, 30 November 2016Imam Masjidil Aqsa puji kepimpinan Guan Eng
30 November 2016
GEORGE TOWN, 30 NOV: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menerima kunjungan istimewa Imam Besar Masjidil-Aqsa, Ali Omar Yacoub Abbasi di pejabat rasminya di Komtar dekat sini.
Pertemuan secara tertutup selama lebih setengah jam itu turut disertai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Exco, Datuk Abdul Malik Kassim.
Lebih dikenali sebagai Syeikh Ali Al-Abbasi, imam masjid yang menjadi kiblat pertama umat Islam itu memuji kepimpinan Guan Eng yang menurutnya berjaya melahirkan suasana hormoni dan saling hormat menghormati di kalangan rakyat di negeri itu.
“Rakyat Pulau Pinang dari kalangan yang beragama Islam dan bukan beragama Islam hidup saling hormat menghormati dan harmoni. Saya boleh melihat mereka hidup dalam aman dan sangat mendukung kepimpinan kerajaan negeri,” ujar Syeikh Ali.
Beliau turut memuji usaha Kerajaan Negeri dalam memartabatkan agama Islam di samping berlaku adil terhadap semua rakyat di negeri Pulau Mutiara tersebut tanpa mengira latar keturunan dan agama.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan yang turut mengalu-alukan kunjungan Syeikh Ali menyifatkan imam negara bergolak itu sebagai tokoh yang berani.
“Baitul Maqdis sedang diserang bertalu-talu oleh regim Israel, kami turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau,” kata Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
“Seperti yang semua ketahui bahawa Jerusalem diduduki oleh orang Israel (Yahudi) dan kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan,” ujarnya mengulas intipati pertemuan tersebut di sidang media kemudiannya.
Syeikh Ali turut sempat menunaikan solat di salah sebuah lokasi Warisan Dunia, Masjid Kapitan Keling di sini, semalam. – Roketkini.com
Demikianlah Artikel [Video Ameno Tersentap & Makan Dalam] Imam Masjidil Aqsa puji kepimpinan Guan Eng & Tazkirah Mukhriz Mahathir! Kisah pemimpin yang kejam.
Sekianlah artikel [Video Ameno Tersentap & Makan Dalam] Imam Masjidil Aqsa puji kepimpinan Guan Eng & Tazkirah Mukhriz Mahathir! Kisah pemimpin yang kejam. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Ameno Tersentap & Makan Dalam] Imam Masjidil Aqsa puji kepimpinan Guan Eng & Tazkirah Mukhriz Mahathir! Kisah pemimpin yang kejam. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/video-ameno-tersentap-makan-dalam-imam.html