Umno hargai kerjasama dengan parti lawan seperti PAS

Umno hargai kerjasama dengan parti lawan seperti PAS - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umno hargai kerjasama dengan parti lawan seperti PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno hargai kerjasama dengan parti lawan seperti PAS
link : Umno hargai kerjasama dengan parti lawan seperti PAS

Baca juga


Umno hargai kerjasama dengan parti lawan seperti PAS

FMT | November 29, 2016
Zahid yakin kerjasama Umno dan PAS boleh dijalinkan walaupun berbeza perjuangan politik terutama melibatkan soal agama.
zahid-umno-pas
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghargai kerjasama parti pemerintah itu dengan pembangkang yang dilihat berjuang secara bersendirian.

Tanpa menyebut parti mana, ia dipercayai merujuk PAS yang pernah satu masa mengadakan kerjasama dikenali tahaluf siyasi dengan Umno.
“Ada suatu ketika rakan-rakan kita yang berada di luar sana tidak berkenan dengan kita. Tetapi sekarang (PAS) sudah memahami keadaan kita, tidak perlu tahaluf siyasi, apa yang perlu tabayyun untuk terjemah agenda Islam tanpa ketepikan agama lain, kaum lain.

“Kalau ada orang hulurkan tangan, kita 10 kali hulurkan kepada mereka. Saya tahu ada yang khuatir kalau kita menyambut hulur tangan. Ada yang takut kononnya mereka akan seberang dan berlaku pertandingan 3-4 penjuru,” katanya ketika berucap merasmikan sayap perwakilan Umno Pemuda, Wanita dan Puteri pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Katanya, biarpun perjuangan politik antara PAS dan Umno berbeza, namun kerjasama boleh terjalin terutama melibatkan soal agama.
“Dalam politik, biarpun kita berada di gelanggang yang berbeza, wujudkanlah pertemuan kesilangan antara kita yang berpandukan kepada landasan agama, sejarah bangsa, dan tuntutan semasa serta perkiraan masa depan.
“Kita sesama kita buka buku baru, rapatkanlah silaturahim, berlapang dadalah dan hulurkan tangan sesama kita,” katanya.


Demikianlah Artikel Umno hargai kerjasama dengan parti lawan seperti PAS

Sekianlah artikel Umno hargai kerjasama dengan parti lawan seperti PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umno hargai kerjasama dengan parti lawan seperti PAS dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/umno-hargai-kerjasama-dengan-parti.html

Subscribe to receive free email updates: