POLISI ANTI-ISLAM TRUMP: MUSLIMAH AS TAKUT BERHIJAB

POLISI ANTI-ISLAM TRUMP: MUSLIMAH AS TAKUT BERHIJAB - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul POLISI ANTI-ISLAM TRUMP: MUSLIMAH AS TAKUT BERHIJAB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : POLISI ANTI-ISLAM TRUMP: MUSLIMAH AS TAKUT BERHIJAB
link : POLISI ANTI-ISLAM TRUMP: MUSLIMAH AS TAKUT BERHIJAB

Baca juga


POLISI ANTI-ISLAM TRUMP: MUSLIMAH AS TAKUT BERHIJAB


Polisi Anti-Islam Trump: Muslimah AS Takut Berhijab


Selepas Donald Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) awal pagi Rabu, beberapa wanita Islam Amerika yang meluahkan rasa ketakutan ke atas keselamatan mereka ketika memakai hijab.

Sesetengah umat Islam di AS memberi respon mereka terhadap komen menghina Trump mengenai agama Islam serta cadangan pengharaman kemasukan pendatang Islam, menerusi media sosial seperti Twitter.

Ketakutan Muslim di AS juga tidak hanya terhad kepada penghapusan identiti mereka sebagai umat Islam, tetapi juga polisi-polisi Trump yang lain seperti isu pengharaman mengugurkan janin dan kebajikan pelarian.



“Trump menang – sepupu saya mungkin dihantar pulang, saya takut untuk memakai hijab, wanita dihukum kerana menggugurkan kandungan, pelarian Syria menderita,” kata seorang wanita, @tyzilla di akaun Twitter miliknya.

Apa yang lebih meruntun jiwa, dakyah-dakyah Islamofobia dan perkauman Trump itu seakan-akan menjadi satu kaedah untuk melakukan brainwash ke atas pemikiran kanak-kanak dan generasi muda.


Menurut seorang lagi pengguna Twitter, @lxmyaaa: “Adik saya berumur 8 tahun hanya memberitahu saya dia takut untuk menjadi Muslim. Luahannya mematahkan hati saya. Saya sedang menangis. Usahlah berkata bahawa kata-katanya tidak bermakna.”


Kerisauan melampau umat Islam di sana juga turut menjadikan segelintir daripada mereka berfikir secara tidak rasional, sehingga tergamak meninggikan suara kepada isteri semata-mata tidak mahu wanita itu menutup auratnya.


“Suami saya menjerit kepada saya kerana memakai tudung. Dia menjadi takut secara tiba-tiba dan merayu kepada saya untuk tidak memakai hijab kerana terlalu risau saya akan dicederakan,” kata @mariyamkhalaf.

Wanita berkata mereka takut bahawa hijab yang dipakai akan memberi impak kurang baik kepada kepercayaan mereka.

Malah, ada wanita yang bercadang untuk tidak memakai hijab mereka oleh kerana terlalu tertekan akan kemungkinan untuk diserang.

Namun, masih ramai wanita Islam yang kuat semangat dan berkata bahawa kemenangan Trump itu tidak menghalang mereka daripada terus menutup aurat seperti yang dituntut oleh agama.




Demikianlah Artikel POLISI ANTI-ISLAM TRUMP: MUSLIMAH AS TAKUT BERHIJAB

Sekianlah artikel POLISI ANTI-ISLAM TRUMP: MUSLIMAH AS TAKUT BERHIJAB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel POLISI ANTI-ISLAM TRUMP: MUSLIMAH AS TAKUT BERHIJAB dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/polisi-anti-islam-trump-muslimah-as.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :