Judul : KUOTA JEMAAH HAJI MALAYSIA BERTAMBAH
link : KUOTA JEMAAH HAJI MALAYSIA BERTAMBAH
KUOTA JEMAAH HAJI MALAYSIA BERTAMBAH
Kuala Lumpur – Kerajaan Arab Saudi telah mengembalikan semula kouta jemaah haji Malaysia kepada 27,900 orang untuk Musim Haji 2017 berbanding 22,230 sejak 2013.
Tabung Haji dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya juga dimaklumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi hampir selesai melaksanakan projek pembangunan mega di sekitar Masjidil Haram.
“Langkah ini sebagai usahanya memastikan jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia dapat menunaikan ibadat dengan lebih selesa dan selamat seiring dengan penambahan jumlah jemaah setiap tahun.
“Bagi pihak kerajaan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi di atas pengembalian semula kuota haji berkenaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam,” katanya.
Dalam pada itu, kerajaan Malaysia juga sentiasa memberikan kerjasama dengan Arab Saudi bagi membincangkan soal pengurusan jemaah haji dan penambahbaikan setiap tahun.
Katanya, antara perkara yang dibincangkan setiap tahun adalah peruntukan kuota tambahan bagi membantu memendekkan tempoh penggiliran haji.
Demikianlah Artikel KUOTA JEMAAH HAJI MALAYSIA BERTAMBAH
Sekianlah artikel KUOTA JEMAAH HAJI MALAYSIA BERTAMBAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KUOTA JEMAAH HAJI MALAYSIA BERTAMBAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2017/01/kuota-jemaah-haji-malaysia-bertambah.html