PAS akui bincang kerjasama dengan BERSATU

PAS akui bincang kerjasama dengan BERSATU - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS akui bincang kerjasama dengan BERSATU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS akui bincang kerjasama dengan BERSATU
link : PAS akui bincang kerjasama dengan BERSATU

Baca juga


PAS akui bincang kerjasama dengan BERSATU

Anne Muhammad
 


PAS mengesahkan bahawa parti itu pernah berbincang dengan dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai jalinan kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Pemudanya, Nik Abduh Nik Aziz menjelaskan, bentuk kerjasama masih belum dimuktamadkan dan memerlukan masa serta penelitian daripada kedua-dua belah pihak.

"Ada parti yang kita buka perbincangan, macam BERSATU. Itu masih terbuka, memang ada perbincangan dengan mereka.

"Pertemuan dengan BERSATU itu memang ada, kan Muhyiddin pun berceramah di Terengganu dengan pimpinan PAS.

"Bagaimana kita mahu jalinkan hubungan itu masih dibincangkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Rabu lalu, Muhyiddin berkata BERSATU akan mengadakan perjumpaan dengan PAS dalam masa terdekat.
Ia bagi membincangkan kerjasama yang boleh dijalinkan kedua-dua parti itu.

Namun Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri enggan mendedahkan bilakah perjumpaan itu akan diadakan.

Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata perbincangan yang terperinci perlu dibuat kerana BERSATU kini turut menjalinkan kerjasama politik dengan musuh ketat PAS iaitu DAP.

Katanya, keterbukaan PAS dengan BERSATU adalah kerana parti itu mempunyai rekod yang baik.
"Kita bekerjasama dengan parti yang tidak pernah mengkhianati PAS," katanya.




Demikianlah Artikel PAS akui bincang kerjasama dengan BERSATU

Sekianlah artikel PAS akui bincang kerjasama dengan BERSATU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS akui bincang kerjasama dengan BERSATU dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/pas-akui-bincang-kerjasama-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :