HARAPAN persoal syarikat RM2 tandatangani kontrak RM46b

HARAPAN persoal syarikat RM2 tandatangani kontrak RM46b - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HARAPAN persoal syarikat RM2 tandatangani kontrak RM46b, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HARAPAN persoal syarikat RM2 tandatangani kontrak RM46b
link : HARAPAN persoal syarikat RM2 tandatangani kontrak RM46b

Baca juga


HARAPAN persoal syarikat RM2 tandatangani kontrak RM46b

Anne Muhammad



Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan bagaimana syarikat yang baru ditubuhkan pada 26 September 2016 dengan bermodalkan RM2 boleh menandatangani projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM 46 bilion.

Ujar beliau, perkara itu menimbulkan tanda tanya sama ada kelulusan sewajarnya mengikut peraturan kerajaan telah diikuti.

“Apabila kontrak ini ditandatangani oleh sebuah syarikat yang bermodal RM2 dan ditubuhkan pada 26 September 2016, ia menimbulkan tanda tanya sama ada kelulusan yang sewajarnya mengikut peraturan kerajaan telah diikuti,” katanya.

Rafizi menambah, pada kebiasaannya khususnya ‘special purpose vehicle’ yang ditubuhkan kerajaan untuk menjalankan projek infrastruktur besar negara perlu mendapat kelulusan dari Parlimen bagi mendapatkan modal.

Menurutnya, sebagai contoh semasa kerajaan Persekutuan mahu menjalankan projek keretapi laju Kuala Lumpur – Singapura, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan usul di parlimen untuk meluluskan dana syarikat khusus itu sebanyak RM10juta.

“Jelas proses itu tidak berlaku sehingga sebuah syarikat yang bermodal RM2 digunakan untuk menandatangani sebuah kontrak bernilai RM46 bilion.

“Malah kami ingin mempersoalkan sama ada Datuk Seri Najib Razak membawa isu ini kepada mesyuarat Jemaah Kabinet untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Kabinet agar sebuah syarikat yang mewakili kerajaan Malaysia menandatangani sebuah projek bernilai RM46 bilion,” soalnya.

Sidang media itu berlangsung di Lobi Parlimen dan turut di hadiri oleh MP Kuala Krai (AMANAH), Dr Hatta Ramli dan MP Serdang (DAP), Ong Kian Ming.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke China dengan syarikat Malaysia dan China telah memeterai lebih 10 perjanjian termasuk pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas dan kilang penyahgaraman air, e-dagang, pengilangan panel solar serta pembinaan.

ECRL merupakan pelaburan tunggal terbesar China di Malaysia.

Syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd difahamkan dikuasai oleh dua individu di Kementerian Kewangan.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi syarikat itu Kementerian Kewangan.

LIHAT VIDEO DI SINI



Demikianlah Artikel HARAPAN persoal syarikat RM2 tandatangani kontrak RM46b

Sekianlah artikel HARAPAN persoal syarikat RM2 tandatangani kontrak RM46b kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HARAPAN persoal syarikat RM2 tandatangani kontrak RM46b dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/harapan-persoal-syarikat-rm2_7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :