Nampak..?

Nampak..? - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nampak..?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nampak..?
link : Nampak..?

Baca juga


Nampak..?


Rakyat terus memerhati perkembangan terkini..! Sejauh mana mampu menari???

Proham: Ingat janji, Sosma untuk pengganas

Persatuan Hak Asasi Manusia Malaysia (Proham) hari ini mengecam penahanan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Dalam kenyataan bersama Pengerusi Prohoam Kuthubul Zaman Bukhari dan setiausahanya Datuk Dr Denison Jayasooria berkata, tindakan itu melanggar janji diberi pihak kerajaan ketika Sosma digubal.
Kata mereka sebelum ini pihak berkuasa berjanji menggunakan Sosma hanya ke atas pengganas.
"Maria Chin seorang pejuang hak asasi manusia, bukan pengganas. Maria dan BERSIH cuma mahukan perubahan kepada sistem pilihan raya semasa di Malaysia untuk mendapatkan kebebasan dan keadilan pilihan raya.
"Ini tidak memudaratkan, atau melemahkan demokrasi berparlimen. Sebaliknya, ia menguatkan demokrasi berparlimen," kata mereka.
Maria Chin ditahan polis semalam selepas anggota keselamatan dan pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia menyerbu pejabat BERSIH di Petaling Jaya.
Turut ditahan bersama Maria Chin, anggota sekretariat BERSIH, Mandeep Singh.
Hari ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kepada Malaysiakini Maria Chin ditahan mengikut Sosma.
Sebelum ini dilaporkan BERSIH disiasat mengikut Seksyen 124 C Kanun Keseksaan kerana mengadakan aktiviti mengancam demokrasi berparlimen - suatu tuduhan yang boleh dikaitkan dengan peruntukan Sosma.
Konon nya la..!
Dua pemimpin kanan PKR menjadi individu terbaru ditahan pihak berkuasa berhubung demonstrasi BERSIH5 hari ini.
"Saya ditahan di bawah Seksyen 147/511 (Kanun Keseksaan). Sekarang dalam perjalanan ke (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur) di Jln Hang Tuah," kata Naib Presiden PKR Tian Chua melalui Twitter.
Peguam R Sivarasa menyatakan Tian ditangkap di rumahnya di Bandar Utama oleh sepasukan polis dari IPK Kuala Lumpur.
"Tuduhan (yang dihadapkan kepadanya) di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (iaitu) berkaitan dengan penglibatan dalam rusuhan.
"Esok polis akan memohon perintah reman," katanya.
Melalui Twitter pula Tian yang juga anggota parlimen Batu sebelum itu memberitahu ada sekumpulan polis di luar rumahnya.
"Nampak macam saya akan ditahan malam ini," katanya.
Kira-kira jam 11.15 Tian menyatakan: "I have to handover my hand phone etc now. Bye everyone. Keep the fight" (Saya terpaksa menyerahkan telefon bimbit dan lain-lain sekarang. Selamat tinggal semua. Teruskan perjuangan).
Sementara itu kira-kira jam 11 malam tadi sekumpulan anggota polis berkunjung ke rumah Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
"Belum tentu beliau akan ditahan atau tidak," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
Bagaimanapun kira-kira 10 minit kemudian Fahmi mengesahkan Zuraida yang juga anggota parlimen Ampang ditahan dan sedang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
"Difahamkan ada lima hingga enam pemimpin serta aktivis PKR akan ditahan malam ini," katanya.
Siang tadi Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan lebih ramai individu yang menyertai BERSIH5 dan kumpulan Baju Merah akan ditahan sebelum didakwa di mahkamah.
Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata senarai individu yang terlibat dalam perhimpunan haram itu telah dikenal pasti namun pihak polis tidak akan mendedahkannya.
Jelasnya tidak timbul isu ketidakadilan kuasa daripada polis kerana pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap kedua-dua pemimpin utama kumpulan berkenaan.
"Kita berharap dengan penangkapan pemimpin berkenaan ia merupakan satu isyarat dari pihak polis dan bahawa undang-undang dan akta sedia ada perlu dihormati meskipun perhimpunan itu diteruskan.
"Tidak timbul isu ketidakadilan kuasa kerana bukan satu pihak saja yang ditahan, dan akan ramai lagi ditangkap," katanya.
Terdahulu aktivis Fahmi Reza ditahan polis sejurus selepas perhimpunan BERSIH5 tamat di Kuala Lumpur kira-kira jam 5.30 petang tadi.
Tian dan Zuraida adalah individu ke-14 dan 15 ditahan. Senarai tahanan polis sebelum ini ialah:
  • Maria Chin Abdullah
  • Ronnie Liu Tian Khiew
  • Mandeep Singh Karpall Singh
  • Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali
  • Arutchelvan Subramaniam
  • Wong Chee Wai @ Jimmy Wong
  • Lee Khai Meng
  • Anis Syafiqah Md Yusof
  • Hairol Nizam Md Nor
  • Razali Zakaria
  • Muhamad Safwan Anang @ Talib
  • Fahmi Reza
  • Hishamuddin Rais

Rakyat tak membutakan mata dan memekakkan telinga..! Rakyat semakin geliga berdepan dengan puak gila..!




Demikianlah Artikel Nampak..?

Sekianlah artikel Nampak..? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nampak..? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/nampak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :