Judul : Ahli UMNO SERTAI himpunan Baju Merah Semalam BERDEPAN TINDAKAN DISPLIN - Ku Nan
link : Ahli UMNO SERTAI himpunan Baju Merah Semalam BERDEPAN TINDAKAN DISPLIN - Ku Nan
Ahli UMNO SERTAI himpunan Baju Merah Semalam BERDEPAN TINDAKAN DISPLIN - Ku Nan
Semua pemimpin atau ahli Umno dikenalpasti menyertai perhimpunan haram Bersih 5 semalam bakal berdepan tindakan undang-undang parti.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara itu sedang diteliti lembaga disiplin parti bagi memastikan mereka yang menyertai sama ada kumpulan kuning atau merah dikenakan tindakan tegas.
Menurutnya, perkara itu tidak patut berlaku kerana sudah dinyatakan bahawa perhimpunan berkenaan adalah haram dan menyalahi perlembagaan Persekutuan dengan tidak mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.
"Kami sedang menunggu laporan penuh berhubung perhimpunan semalam dan laporan itu akan dilihat dan diteliti sebelum dihantar kepada lembaga disiplin parti untuk tindakan seterusnya.
"Sekiranya ada diantara pemimpin atau ahli parti menyertai perhimpunan haram itu, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas berhubung perhimpunan haram Bersih 5 yang diadakan semalam pada asalnya bagi menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil.
Terdahulu beliau merasmikan majlis Gotong-Royong Mega 2016 Bersepadu Perangi Aedes di sini hari ini.- SH
Demikianlah Artikel Ahli UMNO SERTAI himpunan Baju Merah Semalam BERDEPAN TINDAKAN DISPLIN - Ku Nan
Sekianlah artikel Ahli UMNO SERTAI himpunan Baju Merah Semalam BERDEPAN TINDAKAN DISPLIN - Ku Nan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ahli UMNO SERTAI himpunan Baju Merah Semalam BERDEPAN TINDAKAN DISPLIN - Ku Nan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2016/11/ahli-umno-sertai-himpunan-baju-merah.html