KES ADIB: 'ENAM JAHANAM' PEROSAK PERPADUAN WAJIB LETAK JAWATAN

KES ADIB: 'ENAM JAHANAM' PEROSAK PERPADUAN WAJIB LETAK JAWATAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KES ADIB: 'ENAM JAHANAM' PEROSAK PERPADUAN WAJIB LETAK JAWATAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KES ADIB: 'ENAM JAHANAM' PEROSAK PERPADUAN WAJIB LETAK JAWATAN
link : KES ADIB: 'ENAM JAHANAM' PEROSAK PERPADUAN WAJIB LETAK JAWATAN

Baca juga


KES ADIB: 'ENAM JAHANAM' PEROSAK PERPADUAN WAJIB LETAK JAWATAN







Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Jamaludin menegaskan bahawa ‘enam jahanam’ iaitu Tommy Thomas (Peguam Negara), YB. V. Ganabatirau (Exco Dap Selangor), M. Kulasegaran (Menteri Sumber Manusia), P. Waytha Moorthy (Menteri Perpaduan), Gobind Singh Deo (Menteri Komunikasi dan Multimedia) dan Xavier Jayakumar (Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli) meletak jawatan ekoran keputusan inkues anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim adalah berpunca dari jenayah.

Katanya, mereka adalah enam orang yang menjahanamkan perpaduan kaum dan berlaku khianat atas jawatan yang disandang.

“Rusuhan berlaku kerana ada di antara mereka yang menyimbah minyak ke api yang sedang membara. Sebaliknya, sebagai seorang Peguam Negara, Menteri atau Exco Negeri, mereka sepatutnya memadam api perkauman dan menjulang keharmonian antara kaum yang menjadi tunjang utama masyarakat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.




Ujarnya, jawatan yang di amanahkan sewajarnya digunakan sebaik-baiknya untuk mendukung perlembagaan dan menghormati perasaan kaum lain.

“Apa yang berlaku menunjukkan enam jahanam ini tidak pedulikan tentang keharmonian kaum. Mereka sanggup mencetus rusuhan kaum hanya kerana untuk mendapat populariti politik. Tindakan mereka sama seperti harapkan pegar, pegar makan padi.”

Beliau berharap agar kes Adib ini dilayan sama seperti kes Kugan Anathan tahun 2009.

“Pesalah patut dicari hingga ke lubang cacing dan dihukum dengan setimpal. Rakyat terumatanya kaum Melayu memandang serius perkara ini. Jangan kerana ingin mempertahankan hanya beberapa orang pesalah tetapi menggadaikan keharmonian kaum yang telah sekian lama dibina,” tegasnya.

Dengan ini, beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Tunas Muda menyokong saranan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki untuk mendesak kerajaan dan pihak berwajib mengambil tindakan tanpa pilih kasih supaya keadilan terhadap arwah Adib yang lama tertangguh dapat disegerakan.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak beberapa perkara berikut diambil tindakan segera:

(1) Menggesa Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan dan meminta maaf secara terbuka diatas kekhilafan besar kerana memfailkan afidavit yang berunsur skandal dan subjudis dengan mengambil posisi bahawa Adib tidak dibunuh yang jelas mendahului prosiding Inkues.

(2) Menyarankan pihak Polis mengambil tindakan segera tanpa menangguh lagi untuk mengenalpasti dan menyiasat suspek-suspek yang bertanggungjawab ke atas kematian arwah Adib.

(3) Mendesak agar pihak Berkuasa turut menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mencetuskan dan membuat kenyataan berunsur hasutan sehingga berlakunya rusuhan pada malam kedua di Kuil Sri Maha Mariaman Seafield sehingga menyebabkan kematian arwah Adib.

(4) Mendesak Exco Dap Selangor V. Ganabatirau untuk meletakkan jawatan secara terhormat dan diambil tindakan tegas dari segi undang-undang kerana bertanggung jawab mengeluarkan kenyataan jahat mendakwa orang Islam menyerang Kuil Sri Mariaman sehingga mempengaruhi 10,000 masyarakat Hindu untuk keluar merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam arwah Adib dibunuh.

(5) Mendesak 4 orang Menteri iaitu M. Kulasegaran, P. Waytha Moorthy, Gobind Singh Deo dan Xavier Jayakumar disiasat dan dipertanggungjawabkan kerana mengeluarkan kenyataan bersama berbaur hasutan sehingga menyemarakkan lagi api kemarahan masyarakat Hindu untuk keluar berkumpul beramai-ramai merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam kedua yang telah mengakibatkan arwah Adib dibunuh.




Demikianlah Artikel KES ADIB: 'ENAM JAHANAM' PEROSAK PERPADUAN WAJIB LETAK JAWATAN

Sekianlah artikel KES ADIB: 'ENAM JAHANAM' PEROSAK PERPADUAN WAJIB LETAK JAWATAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KES ADIB: 'ENAM JAHANAM' PEROSAK PERPADUAN WAJIB LETAK JAWATAN dengan alamat link http://malaypostt.blogspot.com/2019/09/kes-adib-enam-jahanam-perosak-perpaduan.html

Subscribe to receive free email updates: