KEMALANGAN PADA JUMAAT, MAYAT DITEMUI SELASA

KEMALANGAN PADA JUMAAT, MAYAT DITEMUI SELASA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KEMALANGAN PADA JUMAAT, MAYAT DITEMUI SELASA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KEMALANGAN PADA JUMAAT, MAYAT DITEMUI SELASA
link : KEMALANGAN PADA JUMAAT, MAYAT DITEMUI SELASA

Baca juga


KEMALANGAN PADA JUMAAT, MAYAT DITEMUI SELASA


Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk dalam kemalangan itu.


Gerik - Tragis, sedih, memilukan. Katalah apa saja namun pasti tiada kata dapat diungkap selain diselubungi kesedihan apabila ahli keluarga yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemui tidak lagi bernyawa.

Lebih memilukan, jenazah mangsa ditemui kira-kira 100 meter di dalam gaung, empat hari selepas mangsa dilaporkan hilang ketika keluar dari rumahnya.

Misteri kehilangan dua lelaki sejak 25 Ogos lalu akhirnya terjawab dengan penemuan dua mayat berhampiran kereta jenis Proton Wira yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 100 meter di Kilometer 27, Fasa 2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Kupang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kita-kira jam 11.00 malam, Jumaat lepas, dua mangsa, Arif Akmal Kamaruzzaman, 20, dan An Pon Ai Pon, 26, ditemukan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi petang semalam.

Menurut beliau, mayat mangsa dijumpai orang awam dan waris mangsa yang melakukan pencarian di sekitar jalan raya di Gerik dan Kelantan.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati kereta Proton Wira dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Gerik ke Kupang.

"Setibanya di tempat kejadian, kenderaan tersebut yang dipercayai dipandu laju terbabas ke kawasan berumput di kiri jalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter.

"Insiden itu menyebabkan Arif Akmal tercampak 50 meter dari kereta itu manakala rakannya tercampak 25 meter. Kedua-duanya disahkan telah meninggal dunia semasa dijumpai," katanya.

Tambah Ismail, anggota bomba berjaya mengeluarkan dan membawa naik jenazah An Pon pada jam 3.30 petang manakala Arif Akmal pula pada jam 5.20 petang.

"Keadaan mayat telah membengkak dan kedua-dua lelaki tersebut dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian sejurus selepas kemalangan berdasarkan keadaan mayat yang tercampak keluar.

"Jenazah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.




Demikianlah Artikel KEMALANGAN PADA JUMAAT, MAYAT DITEMUI SELASA

Sekianlah artikel KEMALANGAN PADA JUMAAT, MAYAT DITEMUI SELASA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KEMALANGAN PADA JUMAAT, MAYAT DITEMUI SELASA dengan alamat link http://malaypostt.blogspot.com/2017/08/kemalangan-pada-jumaat-mayat-ditemui.html

Subscribe to receive free email updates: