PAU2016: Ketua Wanita, Ketua Pemuda ‘serang’ Tun M dalam ucapan dasar

PAU2016: Ketua Wanita, Ketua Pemuda ‘serang’ Tun M dalam ucapan dasar - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAU2016: Ketua Wanita, Ketua Pemuda ‘serang’ Tun M dalam ucapan dasar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAU2016: Ketua Wanita, Ketua Pemuda ‘serang’ Tun M dalam ucapan dasar
link : PAU2016: Ketua Wanita, Ketua Pemuda ‘serang’ Tun M dalam ucapan dasar

Baca juga


PAU2016: Ketua Wanita, Ketua Pemuda ‘serang’ Tun M dalam ucapan dasar


Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini menjadi medan ketua-ketua sayap melakukan ‘serangan’ terhadap Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pergerakan Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin dengan sengaja menggunakan puisi “Melayu Mudah Lupa” yang dibawa Dr Mahathir pada 2001 untuk menyerang bekas presiden parti tersebut.
“Beliau pun sendiri pernah berkata, Melayu mudah lupa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, Bersih dipertikai. Sekarang, merayu rakyat sertai Bersih. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Soros dikritik, Sekarang, sertai demo yang dibiayai Soros.
“Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu lempar Anwar pelbagai tuduhan. Sekarang bersalaman bertukar senyuman, entah jujur atau tidak. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, bila ditanya pasal reformasi. Sekarang mengejar tepukan di pentas lawan.
“Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Mat Sabu dicaci dihina. Sekarang teman bergelak ketawa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu konon pejuang bangsa. Sekarang seganding musuh bangsa.
“Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu pertikai kewujudan Keadilan. Sekarang, mesra dengan kepimpinannya, siap sahut Bebas Anwar. Melayu mudah lupa, Melayu Mudah lupa. Dulu, musuh dipersoal. Kini semeja, mengejar kuasa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil turut tidak ketinggalan melahirkan rasa geramnya malah menyifatkan hari paling gelap dalam hidupnya adalah apabila menyaksikan Dr Mahathir ‘bercium mulut’ dengan tokoh parti rasis dan cauvinis, DAP iaitu Lim Kit Siang.
“Paling saya sedih puan-puan apabila bekas pemimpin kita bersekongkol dengan pembangkang. Saya berasa pelbagai perasaan yang saya lalui daripada terkejut kepada kesedihan, kemarahan dan lain-lain.
“Hari yang saya lihat mereka bercium mulut dengan Lim Kit Siang adalah hari yang paling gelap dalam hidup saya, saya malu. (Selama) 22 tahun jadi pemimpin kita sayang sanjung, naik turun beliau duka beliau menjadi duka kita.
“Dia yang kata Lim Kit Siang macam itu (tetapi) hari ini apa yang berlaku? Kalau kita baca dalam media, itu agenda nak naikkan anak dia tapi jangan terima.
“Jangan jadikan agenda peribadi sebagai agenda politik,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2016. - ismaweb


Demikianlah Artikel PAU2016: Ketua Wanita, Ketua Pemuda ‘serang’ Tun M dalam ucapan dasar

Sekianlah artikel PAU2016: Ketua Wanita, Ketua Pemuda ‘serang’ Tun M dalam ucapan dasar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAU2016: Ketua Wanita, Ketua Pemuda ‘serang’ Tun M dalam ucapan dasar dengan alamat link http://malaypostt.blogspot.com/2016/11/pau2016-ketua-wanita-ketua-pemuda.html

Subscribe to receive free email updates: