Judul : Remaja 16 tahun maut selepas bermain PUBG tanpa henti
link : Remaja 16 tahun maut selepas bermain PUBG tanpa henti
Remaja 16 tahun maut selepas bermain PUBG tanpa henti
Ketagihan melampau pada permainan video membuatkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Andhra Pradesh, India, meninggal dunia pada 10 Ogos lalu selepas bermain PUBG atau PlayerUnknown's Battlegrounds, secara berterusan selama beberapa hari tanpa makan dan minum air yang mencukupi.
Lapor media tempatan, remaja itu pada awalnya jatuh sakit akibat dehidrasi kerana tidak menjamah makanan dan minuman secukupnya.Bimbang melihat keadaan remaja berkenaan, ahli keluarganya segera membawa dia ke hospital di Bandar Eluru. Doktor mengesahkan remaja itu mengalami cirit birit melampau dan terpaksa menjalani pembedahan.
Malangnya, keadaan mangsa tidak mampu bertahan dan disahkan meninggal dunia ketika diberikan rawatan.
Sejak dari dulu, permainan PUBG menerima banyak kritikan negatif dari pelbagai negara. Malah, ada sesetengah negara mengambil pendekatan menyekat permainan itu kerana mendakwa ia boleh memudaratkan dan menyebabkan golongan belia menjadi ketagih.
Demikianlah Artikel Remaja 16 tahun maut selepas bermain PUBG tanpa henti
Sekianlah artikel Remaja 16 tahun maut selepas bermain PUBG tanpa henti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Remaja 16 tahun maut selepas bermain PUBG tanpa henti dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2020/08/remaja-16-tahun-maut-selepas-bermain_20.html