Judul : Sekolah di Filipina hanya akan dibuka semula jika vaksin COVID-19 ditemui
link : Sekolah di Filipina hanya akan dibuka semula jika vaksin COVID-19 ditemui
Sekolah di Filipina hanya akan dibuka semula jika vaksin COVID-19 ditemui
Sesi persekolahan di negara itu sepatutnya dibuka akhir Ogos ini, membabitkan kira-kira 25 juta murid sekolah rendah dan menengah.
Menurut Presidennya, Rodrigo Duterte; risiko terhadap murid dan pelajar sekolah sangat tinggi jika sistem akademik kembali beroperasi.Justeru kerajaan hanya membolehkan sekolah kembali dibuka selepas mendapat jaminan mengenai keselamatan mereka.
Biarpun penyelidik di seluruh dunia berusaha mencari vaksin bagi COVID-19, setakat ini tiada kepastian saintis mana yang akan berjaya membangunkan penawar itu dan membekalkannya secara besar-besaran.
Sekolah awam di Filipina biasanya bermula antara Jun dan April, namun pihak berkuasa menangguhkannya susulan pandemik itu yang memuncak dan pelaksanaan perintah berkurung secara ketat mengakibatkan banyak sektor ditutup.
Jutaan penduduk yang hidup dalam kemiskinan tegar di negara itu turut menimbulkan masalah akses kepada komputer di rumah untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian.
Setakat petang tadi, Filipina melaporkan 14,319 kes jangkitan Covid-19 termasuk 873 kematian.
Demikianlah Artikel Sekolah di Filipina hanya akan dibuka semula jika vaksin COVID-19 ditemui
Sekianlah artikel Sekolah di Filipina hanya akan dibuka semula jika vaksin COVID-19 ditemui kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sekolah di Filipina hanya akan dibuka semula jika vaksin COVID-19 ditemui dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2020/05/sekolah-di-filipina-hanya-akan-dibuka_27.html