Malaysia Belum Masuk Fasa 'Exit Strategy', Masih Catatkan Kes Baru COVID-19

Malaysia Belum Masuk Fasa 'Exit Strategy', Masih Catatkan Kes Baru COVID-19 - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia Belum Masuk Fasa 'Exit Strategy', Masih Catatkan Kes Baru COVID-19, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia Belum Masuk Fasa 'Exit Strategy', Masih Catatkan Kes Baru COVID-19
link : Malaysia Belum Masuk Fasa 'Exit Strategy', Masih Catatkan Kes Baru COVID-19

Baca juga


Malaysia Belum Masuk Fasa 'Exit Strategy', Masih Catatkan Kes Baru COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, Negara belum memasuki 'exit strategy' berikutan masih lagi mencatat kes baharu meskipun situasi semakin terkawal.
COVID-19: Malaysia belum masuk 'exit strategy'

Malaysia belum memasuki fasa 'exit strategy' atau pelan pasca krisis COVID-19 kerana masih mencatat rekod kes baharu berkadar dua angka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebarang usaha merangka pelan pasca krisis COVID-19 akan dibuat bersandarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Bagaimanapun, katanya, Malaysia masih berada di peringkat pemantauan kes harian sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu lagi, menerusi pendekatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Jadi kita nak tengok sama ada kita dapat kawal (penularan jangkitan COVID-19), buat masa ini, kes baharu masih dua angka, tetapi mencatatkan penurunan.

"Oleh itu, kita akan teliti kemungkinan sama ada untuk benarkan pembukaan sektor lain sedikit demi sedikit dan laksanakan tindakan 'exit strategy'," katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Menyentuh perkembangan penularan sporadik menerusi penyakit seperti influenza (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk (SARI), Dr Noor Hisham berkata pemantauan di klinik sentinel menunjukkan kes sedemikian semakin menyusut.

Sehubungan itu, katanya, penularan kes sporadik yang menyaksikan punca jangkitan sukar dijejaki sehingga mencetuskan gejala demam dan selesema kini dalam keadaan terkawal.

"Paling penting ialah tindakan kita perlu cepat bagi memastikan kes ILI dan SARI semakin berkurangan dalam kalangan masyarakat, justeru survelan, jumlah klinik dan hospital yang menjalankan pemantauan akan ditingkatkan.

"Setakat ini, daripada pemantauan kita, contohnya menerusi kes kecemasan dan separa kecemasan yang memerlukan pembedahan, kadar positif COVID-19 adalah kurang daripada 0.1 peratus.

"Ia bermakna, daripada 7,255 kes kecemasan dan separa kecemasan yang dicatatkan, hanya lima daripada individu terbabit dikesan dijangkiti wabak COVID-19," katanya.

Susulan masih wujud kes baharu, Dr Noor Hisham menyarankan individu yang mempunyai rekod 'komobid' atau menghidapi lebih daripada dua penyakit dalam suatu masa, khususnya warga emas untuk terus kekal berada di rumah.


Menerusi pendekatan itu, katanya, risiko penularan jangkitan COVID-19 dan kematian terutama membabitkan golongan berusia 60 tahun ke atas berupaya dikurangkan secara mendadak.




Demikianlah Artikel Malaysia Belum Masuk Fasa 'Exit Strategy', Masih Catatkan Kes Baru COVID-19

Sekianlah artikel Malaysia Belum Masuk Fasa 'Exit Strategy', Masih Catatkan Kes Baru COVID-19 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia Belum Masuk Fasa 'Exit Strategy', Masih Catatkan Kes Baru COVID-19 dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2020/05/malaysia-belum-masuk-fasa-exit-strategy_7.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :