Judul : 317 kanak-kanak bawah 12 tahun dijangkiti COVID-19
link : 317 kanak-kanak bawah 12 tahun dijangkiti COVID-19
317 kanak-kanak bawah 12 tahun dijangkiti COVID-19
Seramai 317 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) di seluruh negara setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu Selangor merupakan negeri tertinggi iaitu sebanyak 77 kes."Daripada jumlah tersebut, 112 kes membabitkan kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah dan 22 kes ialah bayi kurang daripada 1 tahun.
"Setakat ini tiada kes kematian positif Covid-19 dicatatkan dalam kalangan kanak- kanak bawah 12 tahun," katanya pada pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata, selain warga emas, kumpulan kanak-kanak dan bayi juga merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak tersebut.
"Kanak-kanak dan bayi perlu dilindungi agar mereka tidak mudah terdedah dan dijangkiti Covid-19," katanya.
Demikianlah Artikel 317 kanak-kanak bawah 12 tahun dijangkiti COVID-19
Sekianlah artikel 317 kanak-kanak bawah 12 tahun dijangkiti COVID-19 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 317 kanak-kanak bawah 12 tahun dijangkiti COVID-19 dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2020/05/317-kanak-kanak-bawah-12-tahun_1.html