Tahniah KKM! Jumlah pesakit sembuh COVID-19 catat rekod tertinggi 236 kes hari ini

Tahniah KKM! Jumlah pesakit sembuh COVID-19 catat rekod tertinggi 236 kes hari ini - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tahniah KKM! Jumlah pesakit sembuh COVID-19 catat rekod tertinggi 236 kes hari ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tahniah KKM! Jumlah pesakit sembuh COVID-19 catat rekod tertinggi 236 kes hari ini
link : Tahniah KKM! Jumlah pesakit sembuh COVID-19 catat rekod tertinggi 236 kes hari ini

Baca juga


Tahniah KKM! Jumlah pesakit sembuh COVID-19 catat rekod tertinggi 236 kes hari ini

Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan bilangan kes discaj terbaharu pesakit yang telah pulih dan tertinggi sehingga ke hari ini pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Gambar Bernama
COVID-19: Jumlah pesakit sembuh catat bilangan tertinggi 236 kes, kes terbaharu 131

Situasi COVID-19 di negara ini menunjukkan perkembangan baik apabila jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad hari ini mencatatkan jumlah kes pulih harian yang tertinggi iaitu 236 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj dari wad adalah 1,241 kes.


“Jumlah ini adalah 32.72 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 131 kes baharu yang dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 3,793 kes.

Jelasnya, sehingga kini, seramai 102 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi dan daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau berkata daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan, terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 62 kes iaitu 1.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-62 (kes ke-3663) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, lelaki tersebut mempunyai sejarah kontak rapat dengan beberapa kes indeks positif COVID-19 daripada perhimpunan di Seri Petaling (iaitu kes ke-1,265, kes ke-1,266, kes ke-1,267, kes ke-1,404 dan kes ke-2,549).


Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada 29 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 10.22 pagi semalam (5 April).  - BERNAMA



Demikianlah Artikel Tahniah KKM! Jumlah pesakit sembuh COVID-19 catat rekod tertinggi 236 kes hari ini

Sekianlah artikel Tahniah KKM! Jumlah pesakit sembuh COVID-19 catat rekod tertinggi 236 kes hari ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tahniah KKM! Jumlah pesakit sembuh COVID-19 catat rekod tertinggi 236 kes hari ini dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2020/04/tahniah-kkm-jumlah-pesakit-sembuh-covid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :